Edited by missbellacheloh at 8-9-2017 09:26 AM
Bahaya betul zaman sekrang!! Berhati-hatilah terutamanya perempuan.
Walaupun Malaysia masih aman, kes-kes jenayah seperti rogol masih berleluasa di negara bunga raya ini. Bahkan kali ini jenayah dirogol dilakukan dengan cara lain menggunakan bantuan jin dan syaitan, dikenali sebagai pukau. Beberapa hari yang lalu, seorang lelaki, Khairul dalam laman Twitternya @TOkhairul menceritakan pengalaman seorang wanita dirogol selepas dipukau oleh seorang lelaki. Wanita terbabit yang berbual dengan Khairul melalui laman sosial berkenaan menceritakan bahawa dia dipukau ketika pulang daripada kerja. Beberapa detik selepas itu, wanita berkenaan memberitahu bahawa dia tersedar dan berada di Taman Melawati sedangkan dia tidak memandu ke sana. "I baru sampai rumah tetapi tiba-tiba I kat Wangsa Melawati tanpa memandu. I tak pakai baju dan air mani banyak atas perut I.."
Setelah tersedar barulah wanita itu teringat bahawa ketika dia baru sahaja sampai di rumah, ada seorang lelaki botak menghampirinya untuk bertanyakan arah jalan. Tambah wanita itu lagi, dia hanya teringat lelaki berkenaan memandu kereta model Wira berwarna hijau bernombor plat sebuah negeri di pantai timur. Walau bagaimanapun wajah penjenayah berkenaan kabur dalam ingatannya selepas kejadian itu.
Orang ramai menasihati individu lain terutamanya anak gadis supaya lebih berhati-hati ketika bercakap dengan orang tidak dikenali bimbang kerana dipukau. Bahkan ada juga netizen yang berkongsi kisah keluarga dan rakan mereka yang mengalami kejadian serupa.
Sumber FB Kisah Dunia
|