Memang tidak dinafikan, bilangan kereta semakin hari semakin bertambah di jalan raya namun tempat parkir pula amat terhad. Jesteru, pelbagai cara digunakan oleh pemandu kereta hanya untuk mendapatkan tempat parkir.
sumber : keratan dari video
Baru-baru ini, seorang gadis yang berfikiran cetek telah meletakkan beg tangannya di tempat parkir sebagai 'penanda' bahawa petak parkir itu adalah miliknya.
Namun tanpa disedari, beg tangannya hilang sekelip mata dipercayai kerana dilarikan oleh seorang lelaki.
Memetik laporan Shanghaiist, kejadian tersebut berlaku di Houzhou, China. Pada mulanya gadis tersebut meletakkan beg tangannya di petak parkir kereta, kemudian pergi mengambil keretanya di kawasan berhampiran. Biarpun tempat parkir itu tidak diambil oleh pemandu kereta lain, namun beg tangannya telah dicuri oleh lelaki tersebut.
Aksi lelaki itu mengambil beg tangan berjaya dirakam kamera litar tertutup, kini suspek telah ditahan reman oleh polis.
Walaupun mencuri adalah perkara yang salah, namun rata-rata netizen menyelar perbuatan gadis itu kerana berada di tahap IQ sifar.
sumber : keratan dari video
Segelintir netizen yang lain pula bersimpati terhadap suspek kerana berpendapat berkemungkinan besar suspek yang terjumpa beg tangan di tempat parkir itu mengambilnya untuk diserahkan kepada pihak polis.
Namun belum pun sempat berbuat demikian, suspek sudah ditangkap.- CARI
kalo kat IKEA si suami suruh isteri tukang jadi cop parking..
maka berdiri la si isteri tu kt parking even kereta suami dia belum sampai kt petak parking..
ada jugak org cmni dalam negara nak menempuh ke arah jadi negara maju...setakat ni aku baru jumpa 1 bangsa jek yg jadi pelopor cara cmnie..
lepas ni ada org lain tiru tak tau la...
Post time 6-9-2017 02:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin dia dah selalu buat mcm tu and dia mmg ada spare handbag kosong utk tujuan itu. So dia tak rugi ape pun handbag tu dicuri. Pencuri mesti kecewa, kena tangkap pulak tu
kat area parking office iols pon ada gak ummah ni berdiri kat parking lot tuk member dia yg drive belakang kete iols. iols jenuh la berhenti bg signal nak masuk dlm lot parking tu heran gak nape minah tu berdiri tegak dlm lot parking