CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1208|Reply: 0

Wang Tunai Berjumlah RM12,800 Untuk Dimenangi, Jom Sertai Pertandingan Bancuh Ko

[Copy link]
Post time 6-9-2017 12:31 PM | Show all posts |Read mode





Pendaftaran untuk pertandingan membancuh kopi premium yang dikenali sebagai 'Specialty Coffee Brewers K.O Tournament' anjuran The Storyz dan tajaan Lightbox kini dibuka secara rasmi bermula 1 September lalu.


Selain bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengenali budaya dan keunikan kopi premium buatan sendiri, harapan penganjur pertandingan kali ini adalah untuk menyediakan satu platform kepada semua pakar pembuat kopi untuk saling berinteraksi antara satu sama lain.


Pihak penganjur sangat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang gemar membancuh kopi untuk mendaftarkan segera. Penyertaan hanya terhad kepada 96 orang sahaja dan bukan warganegara juga boleh turut serta.


Pertandingan membancuh kopi premium akan diadakan di Lightbox yang betempat di Sungai Buluh pada 22 Oktober dari jam 10 pagi sehingga ke 6 petang.


Peraturan pertandingan amat mudah, pada mulanya semua peserta yang telah mendaftar akan diberi kacang kopi tajaan Beans Depot untuk latihan sebelum pertandingan bermula.


Pada hari pertandingan, semua peserta yang terdiri daripada 96 orang itu akan dibahagikan kepada empat kumpulan. Pertandingan akan dilakukan secara K.O, setiap pusingan ada penyingkiran sehingga ke pusingan akhir.


Panel juri akan menggunakan cara 'blind test' untuk menikmati bancuhan kopi yang menggunakan kacang kopi yang disediakan oleh penganjur. Kemudian, juri akan membuat penilaian mengikut piawaian yang dikehendaki samada kopi yang dibancuh itu memiliki keunikan rasa kacang kopi tersebut atau tidak.




Hadiah wang tunai yang akan diberikan secara keseluruhannya berjumlah RM12,800 :


Juara : RM6,000 dan piala

Naib Juara : RM3,000 dan piala

Tempat Ketiga : RM2,000 dan piala

Temapt Keempat : RM900 dan piala

Tempat Kelima : RM600 dan piala

Tempat keenam : RM300 dan piala




Bagi sesiapa yang berminat, boleh memuat turun borang penyertaan di laman Facebook/lightboxSB atau hubungi 012-785 8488 ( Yip ), 012-527 6638 (Junior) , 012-563 1935 (Albert) untuk sebarang pertanyaan.


Anda juga boleh mendengar radio rasmi CITYPlus, Kupikupi FM atau layari media internet rasmi iaitu Cari.com.myuntuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini.- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.393460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list