CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31303|Reply: 304

Edisi Pilem Tak Laku: ahmad Idham salahkan ekonomi negara

  [Copy link]
Post time 6-9-2017 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tak Laku, Salahkan Ekonomi! Lupa ALF2 Kutip RM5 Juta


FILEM Pencuri Hati Mr. Cinderella arahan dan lakonan terkini oleh sutradara terkenal Ahmad Idham Nadzri baharu sahaja ‘melabuhkan’ tirai di semua pawagam tempatan pada minggu lalu.

Malangnya filem itu bukan sahaja kurang mendapat sambutan penonton tanah air, malah posternya dikecam teruk oleh ramai netizen meskipun menerima reaksi positif daripada para pengkritik dan media tempatan.

Lucunya, optimis dengan isu tidak laku filem terbitan syarikatnya, Aifa Motion Sdn. Bhd., Ahmad Idham berkata beliau sedia maklum keadaan ‘lesu’ itu mungkin berpunca keadaan ekonomi Malaysia tidak menentu.

Menurut laporan pelbagai portal tempatan, situasi itu konon turut memberi kesan kepada banyak filem tempatan lain. Jawapan klise beliau itu namun dikutuk ramai netizen sebagai tidak tahu erti nilai bersyukur.

Apabila meraih jutaan ringgit, konon disebabkan hasil kreativiti dan kepintaran penerbit filem itu dan bukan faktor lain tetapi jika gagal, ia segera dipersalahkan kepada ekonomi dan pihak kerajaan jadi sasaran.

Kalau betul ekonomi tidak menentu seperti dakwaan Ahmad Idham ini, bagaimana filem keluaran Skop Production Sdn. Bhd. lakonan pelawak Zizan Razak boleh pula kutip sebanyak RM5 juta dalam masa lima hari!

Untuk rekod, secara purata perolehan jualan tiket Abang Long Fadil 2 keluaran terbaharu Datuk Yussof Haslam dan diarahkan sendiri oleh anaknya, Syafiq Yussof, adalah sebanyak RM1 juta pada setiap hari.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2017 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya poster tu dihencap...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dulu poster kering kontang mcm tu pun boleh dapat collection tinggi 5-6 juta, sekarang ni theory box office filem dia dah tak jalan seperti dulu, salahkan ekonomi. How about salahkan diri sendiri yang masih di zaman neolitik, pra mac book pro? Dulu nak buat editing poster kena cari graphic designer baik punyer, sekarang kat rumah org boleh create movie poster jauhhhhh lebihhhh advance with a click of a button. Software dah semakin canggih, budak sekolah pun boleh create poster ala transformers dgn tools yg ada sekarang, dia produce feature film poster mengalahkan drama 70-an gred D, tak ke org rasa mutu filem dia pun mcm tu. jagalah branding, image filem tu. Get with the program!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
generalsoap replied at 6-9-2017 02:31 AM
Bila dulu poster kering kontang mcm tu pun boleh dapat collection tinggi 5-6 juta, sekarang ni theor ...

Jangan lupa faktor hero sudah kertu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 05:10 AM | Show all posts
len kali letak bamtah jadi hero, kompem acik2 kepam tengok 10 kali
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 06:32 AM | Show all posts
Tunggu tayang raye di tv3 jer hokey

sambil kunyah kuih tat

foc
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2017 06:40 AM | Show all posts
mahu tak sentap..masa kat IG kemain ramai puji,tak sabar nak tgk semua.
last2 kutipan sedih
yang puji2 tu bukan pergi wayang pun.
hujung hujung melangak tunggu keluar kat tv,time raya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 06:59 AM | Show all posts
Relevan lagi ker cerita macam ni tayang kat panggung? Memang tak lah orang nak bayar semata nak tengok. Selayaknya masuk drama jam7, free. Ditambah lagi dengan hero dan herion yang super sedih. Menambah peratusan kehaukan dan kesenduan pada filem ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2017 07:09 AM | Show all posts
yusof haslam yg lbh tua tu pun dah lama beralih dari buat cerita cinta kepada cerita tembak menembak  tp ahmad idham ni dok la hanyut lg dlm zaman cerita cinderella dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengarah... pelakon.. poster.. hurrmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
poster bodoh, hire laa org yg mmg pakar design berlambak graphic designer kat luar sn. .ko yg buat poster tu ka ahmad idham? kedekut, dah diri sndri kedekut utk filem SENDIRI, ingat org lain nak murah hati plak tengok filem ko.  tuannya pun KEDEKUT! so, mmg wajar org ramai pun kedekut mengeluarkan duit pg pawagam!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
font poster pun hampeh!! BOOO
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Rm5 m banyak la tu.....aku sendiri terkejut hero lembam muka malas macam dia ni boleh tarik org nak tgk wayang
Mak teh expect less than 500k jah kutipan
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat movie mcm drama spektra nak expect apa
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah tengok trailer pun. berbeza dengan tombiruo, penuh trailer masuk explore di ig. mungkin kurang usaha untuk promosi di laman sosial?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 07:35 AM | Show all posts
Secara jujurnya i sedih tgk filem msia especially melayu. Ritu i nak tengok filem seram, so tengok la cita 'hospital'..tak seram langsung tu satu, yang kedua, plot cerita ntah pape, sekejap mimpi jadi pesakit mental, sekejap sedar pula jadi nurse shift malam. Last-last baru dapat tahu cerita ni tentang apa. Rupa-rupanya perempuan tu pesakit mental, tapi dia cipta watak dia sendiri. Dia taip jalan cerita ikut imiginasi dia.

Laaa..rupanya..tu pun tau sebab suami dia si pis pairus baca surat hasil karangan bini dia yang masuk wad tu, taip pakai typewriter. Bayangkan sejam tengok cita tu masih tak tahu apa motif, last-last pis pairus tu juga yang bongkarkan jalan cita dengan membaca cerita khayalan bini dia

Yang buat cerita ni tak real, hospital tempat dia kerja (sebenarnya hospital tinggalan), dah la takda orang, kakitangan hospital pun sekerat dua.

Sedih

Untuk tak OT, kalau filem masih tak upgrade memang susah la nak tarik perhatian peminat. Filem negara lain i tengok  berkali ganda jauh meninggalkan kualiti filem msia ni. Genre cinta / romantik ni memang sentiasa ada peminat tersendiri, kena tau ambil hati / olah dengan lebih menarik / tak klise & yang penting pelakon tu sendiri kena ikut peredaran zaman.

Sebagai contoh filem 'Everything,Everything', kalau baca dari summary cerita kita dapat agak dah jalan cerita macam mana..tapi bila kita tengok, kita sendiri akan rasa kita sedang jatuh cinta macam dalam filem..plot cerita dia best..tengok byk kali pon tak pe.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2017 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Rase stupid x zaman2 skng masih buat filem mcm tu..xblh hadam btl die ni ddk kt dlm gua agaknye..kalo mcm ni la pemikiran die as a director rasenye lyak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 07:46 AM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 6-9-2017 07:35 AM
Secara jujurnya i sedih tgk filem msia especially melayu. Ritu i nak tengok filem seram, so tengok l ...

gigih jugak la ko kan tgk cerita seram melayu.
kalau aku, aku layan citer seram siam jer..
citer seram omputih, cina, korea, indon + malaysia aku tak layan sbb citer seram diorg ni dah tak seseram dulu..
citer seram korea plak dari dulu lg pada aku mmg tak pernah seram (or mungkin aku tak pernah tengok cerita yg btl2 seram).

utk tak OT...
wake up & move on mat deham...


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 08:15 AM | Show all posts
tagas replied at 6-9-2017 06:32 AM
Tunggu tayang raye di tv3 jer hokey

sambil kunyah kuih tat

raya pun tak mungkin ramai org nak tengok..
even kalau dah takde citer langsung time deepavali or CNY skalipun...
Baik membuta buat taik mata..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skarang nih cara nak market xde sempadan. Bleh je bg tket pcuma utk tarik penonton, bg separuh harga ke, share banyak ke. Ni x pnah2 tgk promo kt mana2 pon tetiba dah nak habis tayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.113294 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list