CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8154|Reply: 109

Penunggang Motosikal Juga Dilarang Guna Lorong Kecemasan- JPJ

  [Copy link]
Post time 5-9-2017 03:57 PM | Show all posts |Read mode


sumber : www.siakapkeli.my



Sebuah video yang kini tular memperlihatkan sebuah kereta menggunakan lorong kecemasan sehingga menghimpit penunggang motosikal yang lalu di lorong yang sama.


Ekoran video tersebut, seorang lelaki dikecam netizen gara-gara kenyataannya menyokong kereta menggunakan laluan kecemasan.


"Laluan manakah yang harus digunakan oleh pengguna motosikal jika laluan kecemasan turut disalah guna oleh pemandu kereta." tanya salah seorang netizen.


Memetik laporan mStar, rata-rata menganggap bahawa lelaki tersebut adalah sebahagian daripada pemandu kereta yang sering menyalahgunakan laluan kecemasan hingga membahayakan pengguna motosikal yang lain.


Sehubungan itu, perkara tersebut telah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman untuk tampil menegaskan bahawa lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan.


“Mana-mana kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan,” katanya.


Menurut Wan Ahmad Uzir, pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta JPJ 1987.


“Mereka yang disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.- CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2017 04:51 PM | Show all posts
ok semua x leh...
siap lah pasni. mek hon2 kan nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 04:57 PM | Show all posts
ooo x leh ke.............
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 05:01 PM | Show all posts
kesiannya penunggang motor semua..
hati2 yea semua..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 05:01 PM | Show all posts
habis tu motor nak ikut lorong mana? semak la kalau motor ikut lorong kereta. lagipun berbahaya untuk penunggang motor.. dah lah pemandu kat malaysia ni ramai yang berat tangan nak bagi signal..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham lagi ke?
Motor lalu jalan biasa je, jangan masuk highway.
Kecuali highway yang sediakan laluan motorsikal.
Dah la tak bayar tol.
Mana ada benda percuma zaman gst ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2017 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
haritu ak  kene,  motorcyclist menyelit kt tol lorong ak, elok je ak bayo, ko menyelit
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 05:43 PM | Show all posts
Kat Malaysia je penunggang motosikal kena lalu kat lorong kecemasan kalau di kebanyakan negara lain semua lalu ikut lorong yang sama digunakan oleh kerera lori bas.  Dah nama lorong kecemasan hanya patut digunakan waktu kecemasan je.  Tapi sebab nak mengelakan pemandu kederaan lain yang kadang2 memandu agak laju dan membahayakan ramai penunggang motosikal memilih mengunakan lorong kecemasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2017 05:48 PM | Show all posts
nisako replied at 5-9-2017 04:57 PM
ooo x leh ke.............

aah mmg xboleh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 05:51 PM | Show all posts
dah nama nya lorong kecemasan, mesti lah polis, ambulance and bomba aja.

yang lain ikut lane yang sedia ada. Jangan nak gaduh-gaduh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 06:11 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 5-9-2017 05:02 PM
Tak faham lagi ke?
Motor lalu jalan biasa je, jangan masuk highway.
Kecuali highway yang sediakan  ...

kl keliling highway kak
kalu semo bawak kete, mau jem 3hari 3 mlm kl tu


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 06:11 PM | Show all posts
plet S
mmg bwa cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 07:01 PM | Show all posts
dah memang x boleh....x boleh la...ko pon nak special macam pak monteri....

aku tak faham rakyat malaysia ni..bile kat luar negara...pandai lak ikut peraturan jalan raya negara tuh....

kat negara sendiri semua di langgar nya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 5-9-2017 06:11 PM
kl keliling highway kak
kalu semo bawak kete, mau jem 3hari 3 mlm kl tu

Lrt,  mrt, bas, uber bagai semua ada.
Guna la pengangkutan awam kalau tk mampu beli kereta atau kalau tak nk hadap jem.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
@spiderman80. Tret astro
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 07:57 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-9-2017 12:02 PM

Memang cukup hairanlah dengan setengah pengguna jalan raya di msia ni, masa ambil theory test tak ada dalam Highway Code bahawa menggunakan lorong kecemasan adalah dilarang sama sekali?
Sepatutnya jpj tak perlu keluarkan kenyataan bahawa .. "motosikal juga dilarang menggunakan lorong kecemasan" kerana sebelum mereka dapat lesen mereka pernah menduduki theory test.

Tangkap aja mereka mereka tu dan sekolah kan semula dan di harus kan mengambil theory test sekali lagi sebelum di benar kan memandu di atas jalan raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2017 08:02 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 5-9-2017 09:02 AM
Tak faham lagi ke?
Motor lalu jalan biasa je, jangan masuk highway.
Kecuali highway yang sediakan  ...

Ntah pon..penunggang motosikal kebanakannya babi pki helmet...apa hak kau nak dilayan eksklusif.. kau nak samarata kau naik la keta jugak.. nak naik moto jgn mintak org naik keta bg ko keistimewaan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 08:07 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 5-9-2017 09:43 AM
Kat Malaysia je penunggang motosikal kena lalu kat lorong kecemasan kalau di kebanyakan negara lain  ...

Dah tu knp tak naik keta je?  ko naik moto ko terima la hakikat...moto ni patut di haram kan je masuk highway..
Kalu naik keta tngh jem kau nak tukar lorong pon kena bg penunggang moto lalu dulu..dah la lalu percuma tol aku bayar..nak special treatment pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 08:12 PM | Show all posts
Kerrta singapura yanh menggunakan lorong kecemasan tu. Degil betul mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
makin btambah jem lar jawabny
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.073349 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list