CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1538|Reply: 10

Bunuh Lebih 84 Pesakit, Jururawat Paling Kejam Dipenjara Seumur Hidup

  [Copy link]
Post time 30-8-2017 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Lazimnya, kerjaya sebagai jururawat memerlukan pengorbanan besar untuk membantu memulihkan pesakit.


Namun memetik laporan agensi berita China Xinhua, seorang bekas jururawat berumur 40 tahun yang dikenali sebagai Niels Hoge sanggup bertindak membunuh lebih 84 orang pesakit.




sumber : FMT



Menurut kenyataan polis, kebanyakkan mangsa yang dibunuh itu disuntik dengan 5 jenis dadah yang boleh membawa maut.


Punca kematian dikenal pasti berdasarkan ujian toksikologi terhadap 134 mayat bekas pesakitnya yang digali semula.


Banyak lagi hasil laporan toksikologi sedang ditunggu oleh pihak berkuasa dan dijangka jumlah kematian disebabkan perbuatan Hogel meningkat.


Menurut laporan agensi berita Jerman DPA, Niels Hogel yang dianggap pembunuh bersiri paling dahsyat di Jerman kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.


Pada 2015, Hogel dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah di Oldenburg kerana didapati bersalah terhadap dua tuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan kepada pesakit.


Dalam perbicaraan berkenaan, Hogel mengaku menyuntik beberapa pesakit di 2 klinik di utara Jerman dengan ubat yang boleh menyebabkan kegagalan jantung atau masalah peredaran darah, dengan harapan menjadi hero jika kemudiannya dapat menyelamatkan pesakit itu.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2017 05:32 PM | Show all posts
Gila punya orang
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru umur 40 dh 84 org dibunuhnya. Kalu x kantoi keja smpi pencen bole smpi 100lebih dibunuh gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 06:51 PM | Show all posts
Giler.. tolong suntik dia pulak dengan 5 jenis dadah tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 07:49 PM | Show all posts
Wow. Tak pasal-pasal pesakit tu jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalim nya elok hukum mati je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2017 09:33 PM | Show all posts
gila la....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang jerman mmg saiko2 kan. Suka buat human experiment
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 30-8-2017 10:17 PM
matchstick replied at 30-8-2017 06:28 PM
Baru umur 40 dh 84 org dibunuhnya. Kalu x kantoi keja smpi pencen bole smpi 100lebih dibunuh gamakny ...


Dia dah start buat tu dari umor 28thn....

Giler....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 kot.. kasi jalan jer... mngurangkn umat... kijam2 mokcik nurse ni..
Elok lg nurse kita yg tua2.. walaupn diclaim umat mesia bmulut hazabedah.. belom pnh suntik pesakit ngn clorox...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa motif sbnr die?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.219929 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list