CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8905|Reply: 67

Bront Palarae Jadi Pengulas Final Bola Sepak Sukan SEA?

[Copy link]
Post time 27-8-2017 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Watak pengulas sukan yang dipegang oleh Bront Palarae dalam filem Ola Bola nampaknya betul-betul meninggalkan kesan pada hati peminat.


Mana tidaknya, sampai warga Twitter mengutarakan pandangan dan cadangan supaya pelakon tersebut diberi peluang menjadi pengulas bola sepak pada perlawanan akhir skuad Malaysia menentang Thailand, Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada 29 Ogos nanti.


Foto: mStar Online


Segalanya bermula apabila seorang pengguna Twitter iaitu @Alongmuizz  memulakan petisyen dengan meminta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin supaya menimbangkan perkara itu.


"Kami mahu @Bront_Palarae menjadi pengulas final Sukan SEA. Please make it happen @Khairykj," tulisnya.




Antara komen lain:


"lease Abah @Khairykj nanti boleh sambung sekual Ola Bola dan sekaligus meningkatkan mutu pengulas sukan kita dan gol!"


"Bront, jika anda lakukan ini, ia akan mengingatkan kami kepada filem Ola Bola."


"Skrip atau tidak, saya yakin Bront mampu melakukannya, dia adalah antara artis berbakat besar dan mungkin kita perlu memberinya peluang."


Tapi ramai juga yang membantah kerana tanggungjawab sebagai pengulas sukan sebenar adalah sangat berat dan Bront dirasakan tidak sesuai untuk menggalasnya.


Foto: mStar Online


Sementara itu pelakon ini juga mengakui dirinya tidak layak untuk peranan tersebut kerana masih ramai di luar sana yang berpengalaman dan berkaliber untuk melakukan tugas tersebut.


"Itu pendapat orang ramai sahaja dan saya pun hanyalah seorang pelakon tetapi saya ambil cadangan itu sebagai satu pujian. Ia juga bukti lakonan saya dalam Ola Bola sebenarnya menjadi dan untuk menggalas tanggungjawab itu rasanya ia tidak logik.

"Lagipun ia bukan bidang saya dan pengulas sukan sedia ada pun semuanya dari kalangan terbaik," katanya kepada mStar Online. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2017 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
I laf u abam bront {:love
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bront tgh busy dgn AAC2 yach
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnya bront
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 02:08 PM | Show all posts
kau ingat senang ke nak mengulas secara spontan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 02:16 PM | Show all posts
"Bront, jika anda lakukan ini, ia akan mengingatkan kami kepada filem Ola Bola."

Bront dalam Ola Bola mmg kerrlasz! Aku paling suka masa scene Bront buat liputan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2017 02:24 PM | Show all posts
hahaha teringat watak bront dlm ola bola
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 02:34 PM | Show all posts
Acting dia mmg hebat. Tp utk galas cabaran sbg pengulas sukan in real life, I don't think so
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah kalau nak buat spontan. Time ola bola pakai skrip boleh la kan. Tapi kalau nak cuba apa salahnya hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 02:43 PM | Show all posts
lakonan nya kena snub out pencalonan best supporting actor FAM

smpi bila2 iols duk igt psl ni

@Rhyno @mat_arof @sepitsiput @qqOfficial

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pnh try2 jd pngulas... mcm boleh je aku ulas kahkah... yg pntg kna tau nma pmain dan tahu istilah aksi dan teknik yg pmain buat ..  dlu2 aku pminat liga mesia.. thun 90an... ms tu xda main live kat tv.. radio la jd pneman nak tunggu ulasan live... pastu muka pmain tgk kat akbar bh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 03:12 PM | Show all posts
Conflict nanti sbb Bront pun ada darah Thai jugak rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 03:42 PM | Show all posts
bagusnya abam Bront. tenang je komen & realistik. dia tau kemampuan diri dia cemana dan org yg dlm bidang suka mcm mana. harap retis lain mencontohi abam Bront yg ensem
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada bakat bront ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 04:23 PM | Show all posts
mujur abam bront realistik tau kemampuan diri.kalu di offer ke patah mau disapunya job tu dgn penuh kompiden. rejeki katanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat stesen tv ni lepas kan ke?
Nak jd pengulas acara sukan final yg ditonton berjuta org kena ada pengalaman sekurang pernah mengulas sukan sebelum tu...
Ni nk bg heols buat inpromptu rasa boleh ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Bront ni.. dia tau kepakaran dia ... berlakon bukan pengulas sukan .. live tu .. bukan senang ... bagi kat pengulas sukn yang banyak pengalaman .. beres .
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
I love u being
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 04:42 PM | Show all posts
Antaran geng2 dia yang urban ni, Bront ni je la Ganja rasa betul2 semengah sket.
Bakat ada, rupa pun ok la. Yang geng2 dia yang lain, semua acah2 bagus je

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 04:48 PM | Show all posts
perembes replied at 27-8-2017 07:00 AM
aku pnh try2 jd pngulas... mcm boleh je aku ulas kahkah... yg pntg kna tau nma pmain dan t ...

baca komen ko ni teringat zaman2 gigih tgk semi pro!
zaman2 Faridzuan Che Hamid,Hashim Mustapha,Abbas Saad,Ervin Boban..players dulu mmg mantap.
fans pon yg betul2 fans bkn bandwagon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.099052 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list