View: 2009|Reply: 10
|
[Tempatan]
Tunjuk Kemaluan Di Sekolah Tahfiz
[Copy link]
|
|
KAJANG - Sanggup bertindak keji pergi ke hadapan tandas perempuan kemudian menunjukkan kemaluan.
Tindakan lelaki itu di tandas sebuah surau tahfiz di Bandar Baru Bangi, di sini, pada 16 Ogos lalu telah mengundang rasa takut kepada pelajar di situ.
Difahamkan, lelaki itu yang juga merupakan gelandangan berada di atas kerusi berhadapan dengan tandas perempuan dan menghadap ruang solat wanita telah menunjukkan kemaluannya kepada pelajar di situ, kira-kira jam 7.50 pagi.
Kejadian itu dimaklumkan oleh seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun.
Suspek kemudian melarikan diri dan kejadian telah dimaklumkan kepada pihak sekolah.
Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di surau itu dapati suspek berlegar di kawasan tersebut.
Susulan itu, bertindak atas laporan polis yang dibuat, suspek berusia lingkungan 30-an telah ditahan Rabu lalu, kira-kira jam 11.45 pagi, di Jalan Semenyih, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, suspek kini direman sehingga hari ini.
“Bagaimanapun, tempoh reman suspek disambung pada hari ini sebelum akan dituduh pada Isnin depan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Konek jah kot x luak pon..ko cilikan jer |
|
|
|
|
|
|
|
@sam1528 Orang yang tiada kemaluan suka menunjukan kemaluan sendiri pada umum . Itulah lobai samdol |
|
|
|
|
|
|
|
pak guard tido ke?
macamana orang luar boleh
masuk kawasan sekolah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah iols dalam kem tentera pun ada je flasher bogel tepi pagar tapi side yang sebelah hutan lah.. Timbalan pengetua weols terus call MP. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pakat2 g tgk ramai2 agak2 dia mcm mne. malu tak? rekod dan jerit kuat2 "nt awak akan diliwat, lokasi sy dah send dlm group kunyit. tgu org jemput awka kjp lagi ye" |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat kat akak....akak ludah kan je...lepastu sepak |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah terkena dua kali masa zaman sekolah dulu.
Sekali mamat melayu duduk atas motor, kali kedua apek tua tepi tasik.
Dulu kecik2 tak tau apa, lintang pukang kita orang berlari. Dah besar2 ni, takde pulak terjumpa.
Kalau sekarang ni jumpa, agaknya I tarik je benda tu sampai putus ... hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|