Khairy Jamaluddin (KJ) mengejutkan ramai apabila pergi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurut laporan mStar Online, ia susulan daripada cabaran Sultan Ibrahim kepada skuad polo Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang diterajui Menteri Belia dan Sukan itu untuk bertanding menentang pasukan Johor
Beberapa gambar pertemuan antara mereka tersebar di media sosial selepas dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers.
Foto: Facebook Johor Southern Tigers
“Macam ni lah anak jantan… selesaikan masalah,” dan “Terbaik kedua-kedua pemimpin berpengaruh ni.... boleh dijadikan contoh,” adalah antara pujian netizen kepada KJ.
Sementara itu Khairy melalui laman Twitternya berkata, "Harap tiada lagi pihak yang cuba melagakan saya dan keluarga DiRaja Johor." -CARI |