CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 13

Nahas 14 Gerabak Keretapi Tergelincir: Sekurang-kurangnya 23 Maut

[Copy link]
Post time 20-8-2017 06:06 PM | Show all posts |Read mode


sumber : BBC



Sekurang-kurangnya 23 terbunuh dan lebih 70 lagi cedera selepas 14 gerabak kereta api ekspres tergelincir di utara India.


Memetik laporan BBC, tragedi yang melibatkan Puri Haridwar Utkal Express itu berlaku di Khatauli iaitu kira-kira 40 kilometer dari Muzaffarnagar pada petang kelmarin.


Hasil siasatan awal mendapati, faktor penyelenggaraan termasuk kecuaian dikenal pasti punca kejadian itu berlaku kerana tiada papan tanda amaran had laju diletakkan di laluan itu.


Ketika kejadian, kereta api bergerak 106 kilometer sejam (km/j), manakala had laju yang ditetapkan di lokasi kejadian adalah antara 10 hingga 15 km/j.


sumber : BBC

sumber : BBC



Bagaimanapun, pegawai syarikat kereta api berkenaan menolak aspek sabotaj sebagai punca kejadian itu.


Berdasarkan laporan kerajaan pada 2012, setiap tahun hampir 15,000 orang terbunuh akibat kemalangan kereta api di India dan menyifatkan kehilangan nyawa itu sebagai 'pembunuhan beramai-ramai' tahunan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
RIP kepada semua mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash kah {:cryrun{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
10x ganda speed yg sepatutnya. Laju gila tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
takziahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh my..jauh sgt peginya tu dr 10 ke 106kmph
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2017 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow ada juga kawasan tren xda tanda amaran. Ingat kat jalan raya je mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ai gerunnya. Mmg laju sangat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2017 08:54 PM | Show all posts
laju sangat tu..
penumpang pun mesti padat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang lah tiada unsur sabotaj. Kat India kot, tak koser sesiapa nak sabotaj. Lain lah negara eropah sana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 09:32 PM | Show all posts
bahaya nya kereta api boleh akciden kalau lebihi had laju..

antara tamadun manusia punya ciptaan :
kereta api
kereta
Kapal terbang
kapal laut


next ciptaan hyperloop kelajuan maksimum 10 000 KM/J ( kalau kaka cili yang drive)
green energy ( solar, wind energy)
super efficency rather than aeroplane
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 09:26 AM | Show all posts
takziah la..tp emang laju keretapi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 10:13 AM | Show all posts
kenapa la insiden ni selalu terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 05:23 PM | Show all posts
ya Allah kesiannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049671 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list