Gelagat seorang bapa mengusik anaknya yang sedang makan sehingga menangis telah mencuit hati netizen.
Rakaman video yang dikongsikan di laman Facebook Siakap Keli menunjukkan seorang budak lelaki berbaju merah sedang menjamu selera di meja makan.
Dalam pada itu, bapanya pula menyanyikan lagu Jamal Abdillah berjudul Mati Hidup Semula bertujuan untuk mengusik anaknya yang sedang merajuk.
Mungkin disebabkan lirik lagu yang dinyanyikan oleh bapanya itu sangat menyentuh hatinya, budak lelaki itu yang pada mulanya hanya kelihatan sebak akhirnya menangis teresak-esak.
Kredit video - SiakapKeli
Rata-rata netizen yang menonton video ini "terhibur" namun menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai "kejam" kerana tergamak mengusik anaknya yang sedang makan sehingga menangis.
Siapa ada pengalaman macam ini dan lagu apa yang boleh buat anda menangis kalau dengar waktu zaman kanak-kanak dulu? - CARI
|