Edited by mbhcsf at 14-9-2017 10:55 PM
KEINDAHAN ISLAM PADA WATAK
sumber asal pautan : http://www.yadim.com.my/v2/?p=29980
Oleh SIDEK BABA Islam adalah agama yang indah. Ia terletak kepada cerminan watak yang dimiliki. Watak dan pekerti yang baik memberi gambaran terhadap kebaikan Islam itu sendiri. Seorang yang jujur, amanah, adil, tulus dan telus adalah gambaran orang yang beriman dan bertakwa. Ia memberi kebaikan kepada dirinya sendiri dan juga orang lain. Pekerti yang baik adalah gambaran diri yang fitrah. Diri yang berjiwa fitrah mempunyai kualiti manusiawi yang tinggi. Ia menjadi sumber contoh kepada yang lain kerana yang lain fitrah dirinya juga memerlukan hal-hal yang sedemikian. Ia gemar melakukan kemakrufan dan menjauhkan diri dari kemungkaran. Melakukan kemungkaran ibarat merosakkan fitrah diri dan memiliki watak haiwani. Membentuk watak yang manusiawi memerlukan jiwa keihsanan yang tinggi. Meyakini bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui menyebabkan manusia mempunyai kawalan diri atau disiplin diri. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.” (al-Hujurat:18).
|