Pengamal LGBT di Itali dikejutkan apabila sebuah hotel di negara itu menyediakan tandas berasingan untuk golongan gay.
Memetik portal Stuff, hotel di selatan bandar Lecce itu dikecam hebat selepas sebuah gambar papan tanda memaparkan ikon gay berkenaan tersebar di Internet.
Gambar berkenaan dikongsi sebuah organisasi LGBT, Associazione LeA pada 13 Ogos lalu.
"Tahun 2017. Sungguh mengejutkan apabila masih ada kes sebegini hari ini.
"erkara ini bersifat menghina, sekaligus mengguris perasaan orang lain," tulisnya.
Foto: FB LeA- Liberamente e Apertamente
Pemilik hotel berkenaan bagaimanapun menjelaskan bahawa papan tanda berkenaan sudah ada di situ sebelum dia membeli bangunan itu lagi.
"erkataan dan ikon itu sebenarnya sudah ditutup, tetapi ada orang sengaja membuka dan menayangkannya kepada dunia," katanya kepada Il Quotidiano.
Tambahnya, hotel itu sentiasa mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari pasangan gay.
Foto: Mail Online/Shutterstock
Pada awal tahun ini, Itali dianggap sebagai salah satu negara paling teruk di Eropah untuk dikunjungi pasangan gay.
Hm, kan dah diberi keistimewaan tu. Kenapa nak marah-marah pula? - CARI |