CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: nobito

[Tempatan] JKKKP Aisah Mahidin tuduh kerajaan Negeri pemalas atau penduduk kampung pemalas?

[Copy link]
 Author| Post time 23-8-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak ada update terkini dari informer.....fresh punya laporan dari orang kampung situ....yg akak pm dr fb......nanti akk update....busy sikit hari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya yg bersihkan semak2 ni bawah majlis daerah/pbt..tu la tujuan cukai tanah dan cukai pintu yg kita bayar tu utk angkat2 sampah, bersihkan longkang2 tersumbat dll..paling bagus di adakan gotong royong antara pihak pbt dgn penduduk utk bersihkan keliling kamping..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2017 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nobito at 23-8-2017 07:55 PM
WiduriiManja replied at 23-8-2017 04:36 PM
Sepatutnya yg bersihkan semak2 ni bawah majlis daerah/pbt..tu la tujuan cukai tanah dan cukai pintu  ...


Akak dapat info gelanggang futsal ni memang milik negeri tapi pernah ada kes rusuhan kaum dekat situ tahun 2015 dulu.

Informer akak kata Aisah Mahidin dan orang UMNO nak bangkit kan balik pergaduhan kaum tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2017 08:02 PM | Show all posts

SABAK BERNAM - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baharu hanya akan membersih dan menyelenggara gelanggang futsal kampung itu sehingga prosiding mahkamah selesai.

Pengerusinya, Awaludin Palidin berkata, gelanggang futsal kampung itu sebelum ini mencetuskan pergaduan antara penduduk dan penternak lembu kawasan terbabit.

Menurutnya, akibat daripada pergaduhan dua kumpulan terbabit, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam memasang papan tanda notis amaran yang tidak membenarkan mana-mana pihak untuk menceroboh tanah kerajaan berkenaan.

"Kita tunggu sehingga prosiding mahkamah selesai kerana gelanggang ini menjadi antara bahan bukti berlakunya kes pergaduan antara penduduk terlibat dan penternak lembu.

"Selagi tak selesai kes di mahkamah, kita tak akan bersihkan gelanggang futsal ini kerana mana-mana pihak yang menceroboh boleh didakwa di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965," katanya.

Awaludin menegaskan, pihaknya kesal dengan tuduhan pihak tertentu yang membuat kenyataan media kononnya kawasan gelanggang itu terbiar adalah disebabkan kegagalan pihaknya menyelenggara kawasan terbabit.

"Saya minta isu ini tak dipolitikkan. Sebenarnya mereka pun faham, mengapa gelanggang ini terbiar," katanya.

Katanya, dakwaan kononnya belia di kawasan itu tiada tempat beriadah tidak tepat kerana terdapat banyak lagi tempat riadah lain disediakan di kampung itu.

"Belia kampung ini boleh bermain sepak takraw, ping pong dan badminton di pekarangan balai raya, selain boleh gunakan padang sekolah untuk bermain bola sepak.

"Dakwaan mereka ini tak tepat, kalau ikut logik akal sekali pun, berapa ramai sangat belia yang masih berada di kampung ini," katanya.

Malah, katanya, pihaknya kesal apabila salah seorang daripada mereka yang mengeluarkan kenyataan sebenarnya bukan berasal dari kampung berkenaan.

"Hasil semakan, kita tak kenal pun belia terbabit. Jadi belia kampung tertanya-tanya siapakah belia ini yang kononnya mewakili suara belia kampung ini?," katanya.

Selain itu, beliau menolak dakwaan bahawa projek gelanggang futsal itu sebagai membazir, sebaliknya ingin penjelasan daripada BN berhubung projek Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dibina di kawasan kampung itu tidak berpenghuni sejak sekian lama

"Kita dapati terdapat tiga projek perumahan SPNB tak diduduki, sedangkan kerajaan beri subsidi kepada rakyat. Sepatutnya projek itu diberikan kepada golongan yang memerlukan daripada ditinggalkan kosong dan tak berpenghuni," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 08:30 PM | Show all posts
nobito replied at 23-8-2017 08:02 PM
SABAK BERNAM - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baharu hanya akan memb ...

peternak lembu tu mesti geng baju biru..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2017 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 23-8-2017 08:30 PM
peternak lembu tu mesti geng baju biru..............

Haah...orang MIC.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2017 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Sabak Bernam: Dua kumpulan lelaki bergaduh dipercayai kerana masalah membabitkan lembu di Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Sumber berkata, kejadian berlaku antara jam 10 malam itu menyebabkan beberapa kereta, motosikal dan harta benda rosak.

Menurutnya, kejadian bermula selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu pergi ke rumah lelaki dipercayai penternak lembu dan memecahkan cermin kereta yang diletakkan di hadapan rumah mangsa serta menyebabkan kerosakan pada cermin rumah serta beberapa motosikal.

"Satu jam kemudian, penternak berkenaan bersama beberapa rakannya datang ke rumah lelaki daripada kumpulan terbabit dan merosakkan pula kereta dan motosikal di hadapan rumah berkenaan.

"Pergaduhan antara dua kumpulan ini dipercayai akibat masalah membabitkan isu lembu, " katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian kemudian menghubungi polis dan pergaduhan dapat dikawal selepas kehadiran pihak berkuasa di lokasi berkenaan.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan selain langkah berjaga-jaga diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berlaku semula.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2015 @ 1:11 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057202 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list