Hari ini, seekor dugong "sesat" ditemui di Kampung Laut Sim-Sim di Sandakan, Pantai Timur Sabah.
Menurut penduduk Kampung Sim Sim, penemuan dugong ini adalah kali pertama mamalia itu muncul di kampung berkenaan.
Bernama melaporkan, dugong itu ditemui sedang berenang di bawah laluan Jambatan 8 perkampungan atas air itu kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.
Jabatan Hidupan Liar Sandakan telah menghantar anggota Unit Menyelamat Hidupan Liar di kawasan itu untuk melakukan pemantauan.
Satu pasukan pakar dari Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah telah menuju ke kampung itu manakala ranger hidupan liar memastikan haiwan yang spesisnya kian terancam itu selamat.
Dugong adalah salah satu mamalia laut dari spesies ordo Sirenia dengan makanan utamanya adalah rumput laut.
Dugong memiliki nama ilmiah Dugong dugon dan habitat asalnya terutamanya di perairan hangat Afrika Timur dan Australia.
Sementara menunggu ketibaan pakar marin dari Kota Kinabalu, pegawai hidupan liar Sandakan, Hussein Muin menggesa orang ramai supaya tidak mengganggu haiwan tersebut.
"ihak UMS akan menghantar penyelidik untuk mengumpul data untuk menjalankan kajian terhadap mamalia tersebut yang juga dikenali sebagai lembu laut."
Tambah beliau, dugong itu disenaraikan sebagai spesies yang dilindungi di bawah Enakmen Perlindungan Hidupan Liar 1997.- CARI
Post time 11-8-2017 05:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dugong kt malaysia tinggal 100 ekor je. Akak harap dugong ni pindah jepun. Kt sana dia org mmg displin tinggi dalam menjaga haiwan pupus. Maria ozawa suka dugong
Post time 12-8-2017 01:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
d sabah ada lg... di semenanjung mampus pupus habis di area johor tu..
teringat pernah baca dlm mastika... pakcik di pulau tioman cerita... zaman dulu org tangkap dugong ni dan dagingnya di makan... bahagian apa ntah dibuat batu cincin... org sana percaya dugong ni adalah sepasang manusia lelaki dan wanita yg disumpah jd duyong (dugong) tp yg herannya... diorang pegi makan pulak dugong tu..