Sikap pengotor pengusaha kedai mamak terbongkar lagi baru-baru ini apabila pekerja sebuah restoran nasi kandar didapati menguli tepung adunan roti canai di atas penutup tangki kumbahan.
Memetik laporan Astro Awani, banyak najis lipas ditemui di dapur restoran, selain berisiko didatangi tikus kerana bahan mentah masakan tidak ditutup.
Menurut penolong pengarah (bahagian pengurusan halal) Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Rosyadah Ramli berkata perbuatan menjijikkan itu dikesan ketika pemeriksaan di enam restoran sekitar sini, semalam.
"Ketika serbuan dilakukan ke premis tersebut, pekerja restoran sedang menyiapkan makanan."
"Memasuki bahagian belakang dapur, keadaan agak gelap dan nampak menjijikkan, dengan keadaan lantai dan dinding dibiarkan kotor dan berkulat."
Kemudian restoran yang terletak di Jalan Seberang Perak, Alor Setar itu telah diarah tutup selama dua minggu bermula semalam.
sumber : Astro Awani
Selain premis itu, dua lagi premis yang diarah tutup selama 14 hari ialah restoran nasi kandar di Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Lencong Barat, kerana gagal memenuhi piawaian yang ditetapkan terutama dari segi kebersihan.
Tegasnya, semua restoran itu gagal mematuhi piawaian dari segi kebersihan dan perlu membersihkan premis sebelum dibenar dibuka semula.
Operasi empat jam bermula 10 pagi dijalankan bersama beberapa agensi kerajaan lain.- CARI
Post time 11-8-2017 11:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lazatnya. Aku sebelum ni dah 4 tahun tak usik makanan mamak. Tapi terkantoi juga last week. Tersinggah nasi lemak royale shah alam ni. Harapnya tak sekotor ini lah cara penyediaan makanan diorang.
Post time 11-8-2017 11:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat Pandamaran, Klang tahun lewat 90an pernah kecoh satu hal kedai mamak.
Kisahnya seorang apek yang tengah menjamu makanan di kedai mamak tu pergi ke tandas untuk kencing dan seorang mamat ni keluar dari tandas tanpa mencuci tangannya.
Selepas apek tu selesai urusannya, dia pun pergi ke mejanya tadi sambil menunggu roti canainya.
Tak lama kemudian roti canai yang dipesan sejak awal pun tiba dan apek tu pun makanlah.
Tetiba apek terus termuntah keluar roti canai yang dikunyah.
Apek tu memdakwa ada sesuatu yang tidak kena pada makananya tu...... Ada rasa tahi.
Dia pun pergi tengok mamat yang buat roti canai dan terjumpa mamat kat tandas tadi tu....
Alangkah terkejutnya apabila apek tu mendapati cincin pada jari mamat roti canai tu ada kotoran tahi!
Habis memjadi huru-hara di kedai mamak tu.
Khabarnya kedai mamak tu dah ditutup. Haha
Ini tips dari saya seorang kaum Afrika. Jika kamu mahu memeriksa sama ada kotor atau tidak restoran itu, kamu boleh sahaja melihat di dinding dan di ceiling jikalau ada banyak habuk. Jika ada banyak habuk, percayalah 90 peratus kemungkinan restoran itu kotor.
Dalam movie Burnt, masa nak tutup restoran depa scrub dapo & lantai sampai berkilat.
Agak-agak banyak tak restoran kat malaysia scrub dapo sebelum tutup?
akak dah 5 tahun x jejak mamak sbb tak bleh tahan bau badan pekerjanya
akak lebih rela melantak brekfes dr kedai2 kafirun spt mcdonalds atau KFC breakfast set
kalo nak makan roti canai/pratha, akak beli yg frozen punye kat tesco
balik umah, masak le sendiri