CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2808|Reply: 24

Dakwaan Pengawai Polis Minta Wang Perlindungan Akan Disiasat Segera

[Copy link]
Post time 10-8-2017 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Berhubung dakwaan terhadap pegawai polis yang meminta wang perlindungan bagi melindungi kegiatan haram, Polis Selangor memberi jaminan aduan salah laku tersebut akan disiasat dengan kadar segera.


Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor hari ini mengesahkan, pihak polis menerima satu mesej disebarkan melalui laman Facebook rasminya yang berserta aduan salah laku membabitkan seorang pegawai polis.


sumber : Berita Harian



Tegas Datuk Mazlan,  pihak polis Selangor memandang serius aduan tersebut dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perkara itu.


"olis tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota yang melanggar peraturan dan undang-undang."


Tambah beliau, laporan rasmi telah pun dibuat dan siasatan rapi terhadap penulis aduan turut dijalankan.


"Kita akan siasat sama ada wujud unsur tohmahan atau apa-apa agenda yang berniat tidak baik untuk mencemarkan nama baik dan reputasi pegawai terbabit, sekali gus mencalar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM)."- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 07:27 PM | Show all posts
kabel cekang tu bukit aman.. kabel akak kadet polis je
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak je Polis macam ni dik.....sebab tu SPRM kena masuk campur salah laku polis.......

Sebab tu jugak Jamal Pak Tongkol masuk campur dikkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujian jdi polis ni ialah boleh mempergunakan pangkat untuk mendapat duit..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujian jdi polis ni ialah boleh mempergunakan pangkat untuk mendapat duit..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Siasat jgn xsiasat {:nose
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2017 11:17 PM | Show all posts
siasat pas tu.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala company yg supply manpower PATI pon ada polis sendiri. Pusat dia balai polis sri muda. Banyak je company supply manpower ni suap bulan2 kat polis2 jgn kacau budak2 depa. Polis pon lepas tgkp PATI ada yg jadikan perempuan simpanan lg. Org tu xnak kena tgkp terpaksa la serah diri tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kutok2 polis pon aku baru je call polis sebab anjen dah menyalak lama kat luor rumah aku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 04:38 AM | Show all posts
nobito replied at 10-8-2017 07:46 PM
Banyak je Polis macam ni dik.....sebab tu SPRM kena masuk campur salah laku polis.......

Sebab tu ...

setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla. Owner parking haram pun ada yg bayar kat dbkl dgn polis...bangang apa bahu jalan jdkan private parking..mmg aku tak bayarla.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 07:37 AM | Show all posts
zeed replied at 11-8-2017 03:51 AM
Ala company yg supply manpower PATI pon ada polis sendiri. Pusat dia balai polis sri muda. Banyak je ...

Busuknya perangai meke ni....ooops!!! meke ni Melayu Islam Sunni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan apek2 ni musti tak dapat menahan perasan dah sampai sanggup sendiri beritahu bagi duit kt pulis
P/s: Suka polis2 dalam brooklyn 9 9
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak kutuk polis.. sbb masa aku susah kat hiway dgn anak kecik memalam pulak tu.. abam polis ni la yg tolong aku.. ala dlm family kompom ada the bad one la.. sbb tu la ada term  good cop bad cop
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 09:27 AM | Show all posts
Kesian kat bapak ayam tu...sampai ngadu dekat boss polis.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 09:38 AM | Show all posts
Harap asp fadli ni di siasat. siasatan pula haruslah telus.

Apek pulak diharap meniaga ikut regulation yang betul.

Diharap Malaysia bebas rasuah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 10:44 AM | Show all posts
hahaha luahan ketidakpuasan hati
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
xrasa asp ni jenis makan rasuah..

aku rasa la, asp ni nak banteras rasuah so dia di kambing hitamkan....


artikel dibawah adakah beliau yg dimaksudkan???

sorry copy paste via hp....


BIARPUN tidak mendapat sokongan penuh daripada abang sulungnya untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun setelah beliau menerima panggilan menghadiri temuduga Inspektor, abangnya jugalah yang bersungguh-sungguh menghantar dan memberi semangat agar dia menjadi seorang pegawai berintegriti.

Itu antara kenangan yang tidak dapat dilupakan Asisten Superintenden, Mohammad Fadli Minhat, 35, anak kelahiran Parit Sulong, Johor yang kini bertugas sebagai Ketua Polis Balai (OCS) Klang, Selangor.


Mohammad Fadli yang memiliki Diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memberitahu, beliau terpaksa mengisi borang untuk menyertai polis secara sembunyi-sembunyi daripada abang sulungnya Mohd. Fadhil yang juga seorang anggota polis.

Menurut beliau, abangnya bimbang keselamatan dirinya kerana kerjaya itu penuh risiko.

Advertisement       


Remaining time: 13s        Powered By YuMe
“Itu cerita dahulu tetapi sekarang abang saya itulah menjadi tempat untuk berkongsi pandangan serta merujuk memandangkan beliau yang kini menjawat jawatan Deputi Superintenden di Kuala Terengganu lebih lama menyertai PDRM.

“Tanpa sokongan abang serta ibu dan bapa tidak mungkin saya akan menyertai polis. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada mereka semua,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohammad Fadli yang juga anak keempat dari lima adik beradik turut memberitahu, sebelum menjadi Ketua Polis Balai Klang, beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Cawangan Khas di Putrajaya pada November tahun 2003 dan melaporkan diri di Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 di Bidor, Perak pada Januari tahun 2005.

“Tidak sampai dua tahun, saya diarah melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sebagai Pegawai Penyiasat (IO) pada Mac, 2006 dan pada tahun 2008 saya ditugaskan sebagai Pegawai Operasi Task Force Bahagian D9 (Siasatan Khas) di IPD sama.

“Pada tahun 2010, saya dilantik menjadi OCS Klang sehingga sekarang di mana saya dipertanggungjawabkan menjaga keamanan masyarakat dengan dibantu sebanyak 165 anggota serta pegawai bersama-sama enam kakitangan awam di sini,”ujarnya.

Sementara itu, menceritakan tentang cabaran selaku OCS pada usia muda, beliau merasakan koordinasi kerja bersama-sama sebagai satu unit adalah amat penting bagi memastikan apa juga matlamat pucuk pimpinan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tambah beliau, menjadi ketua kepada ramai anggota generasi baharu yang lebih berpengetahuan kerana ramai daripada mereka mempunyai kelayakan akademik tinggi memerlukan pendekatan yang berbeza dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.

“Saya melihat selain bersikap tegas, seorang ketua juga perlu mendekati anggota bawahan supaya apa juga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan supaya tidak mengganggu tugasan hakiki seharian.

“Selain itu, konsep musyawarah juga diterapkan dalam pentadbiran di mana setiap bulan taklimat bersama semua anggota dan pegawai akan diadakan. Saya sendiri akan turun mengetuai operasi yang dijalankan sehingga awal pagi selain turun padang bertemu dengan masyarakat khususnya melibatkan ahli-ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS),”jelasnya.

Menceritakan tentang pengalaman menariknya semasa bertugas Mohammad Fadli memberitahu, beliau pernah cuba dirempuh dengan kereta oleh suspek kes samun semasa melakukan operasi.

Katanya, kejadian tersebut berlaku ketika dalam operasi mengesan satu kumpulan yang dianggotai lima lelaki yang melakukan empat samun bersenjata secara berturut-turut.

“Semasa melakukan rondaan, pasukan saya terserempak dengan tiga suspek yang sedang berjalan kaki dan kemudian segera menahan mereka yang ketika itu cuba melarikan diri.

“Pada masa sama, sebuah kereta yang dipercayai dipandu rakan suspek kelihatan memecut laju ke arah saya namun nasib menyebelahi saya apabila berjaya mengelak. Jika dilanggar mungkin saya tidak akan berada di sini untuk ditemu bual,” ujarnya.

Jodoh dengan adik ipar rakan baik

DARI mata jatuh ke hati. Itulah ungkapan yang sesuai kepada pasangan Asisten Superintenden, Mohammad Fadli Minhat, 35, dengan isterinya, Nor Aizah Mohd. Maskan, 27, yang berkenalan tidak sampai setahun sebelum membuat keputusan untuk terus melangsungkan perkahwinan pada tahun 2012.

Lebih manis, hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, kini pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Faqihah Amani (tiga tahun) dan Nur Firzanah Alia (empat bulan).

Mohammad Fadli memberitahu, perkenalan itu tidak memakan masa yang lama memandangkan isterinya itu yang berasal dari Meru, Selangor itu merupakan adik ipar rakan baiknya sendiri.

Disebabkan itu katanya, beliau tidak perlu menunggu lama untuk mengenali hati budi Nor Aizah yang kini bekerja di sebuah syarikat swasta di Meru kerana sudah rapat dengan keluarganya.

“Saya bertuah kerana isteri memahami tugas-tugas saya sebagai pegawai polis yang masa bekerja tidak menentu. Apatah lagi sejak bertugas sebagai Ketua Polis Balai Klang tanggungjawab juga bertambah.

“Biasanya, saya akan keluar seawal pagi dan hanya akan pulang sebentar untuk menukar pakaian dan makan malam sebelum kembali bertugas termasuk mengetuai operasi-operasi dijalankan yang biasanya akan tamat pada pukul 2 atau 3 pagi.

“Mujurlah isteri faham tugas saya,”katanya berseloroh ketika ditemui di pejabatnya di Balai Polis Klang di Klang baru-baru ini.

Mengulas tentang sokongan keluarga dalam menjalankan tugas sebagai pegawai polis, Mohammad Fadli turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya iaitu Rugayah Sabri,67 dan Minhat Daud, 74, yang tidak putus-putus memberi semangat dan galakan untuk dirinya terus berkhidmat dengan jujur serta amanah.

“Ayah saya bekas guru manakala ibu pula seorang suri rumah sepenuh masa. Sebelum menyertai polis saya sempat bertugas di sebuah syarikat swasta dalam bidang teknologi maklumat selama setahun.

“Namun galakan daripada merekalah membuatkan saya menyertai PDRM. Kalau tidak kerana dorongan mereka sudah tentu saya tidak akan berjaya seperti sekarang. Terima kasih mak, terima kasih abah,”ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts


maaf lah aku kurang percaya hasutan tauke tu kat fb.. sbb kat opis lama pun dulu ada gerakan menjatuhkan boss baik menerusi fitnoh kat fb oleh acik kepam jahat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 11:19 AM | Show all posts
PongKang replied at 11-8-2017 10:56 AM
xrasa asp ni jenis makan rasuah..

aku rasa la, asp ni nak banteras rasuah so dia di kambing hita ...

apek pun baca forum juga
dia tau kuasa tular boleh mengubah persepsi masayarakat
jadi harap PDRM siasat dulu si apek ni sebelum siasat polis tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.062339 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list