Baru seminggu ditayangkan di pawagam, filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali dah jadi mangsa cetak rompak.
Filem tersebut dipercayai disiarkan oleh seorang penonton menerusi Facebook Live dan mendapat lebih dari 200 ribu tontonan dan perkongsian lebih dari 100 ribu pengguna Facebook.
Pengarahnya cuma menyedari tentang hal tersebut Sabtu malam lalu dan meluahkan rasa kecewa dan terkilan.
“Tipulah kalau saya tak rasa kecewa, umpama seperti hasil kerja keras team produksi telah dirompak oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Harian Metro.
Zetty dan Khairi, Foto: Astro Gempak
Penerbit Eksekutif Global Station, Zetty Adila Ramly dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh telah membuat laporan polis mengenai perkara ini.
Walaupun pemilik rakaman tersebut sudah meminta maaf secara terbuka, namun disebabkan tidak mahu kejadian yang sama berulang kali kelak, tindakan tegas tetap akan diambil.
Foto: Astro Gempak
"Terkini saya mendapat tahu Finas, pemamer dan SKKM akan mengadakan pertemuan serius untuk membincangkan dan menangani hal ini.
"Saya menanti dan berharap setiap tindakan di masa depan lebih positif dan tegas dalam menangani isu jenayah siber terhadap perfileman tempatan ini," tambahnya.
Bagus tindakan yang diambil, diharap selepas ini tiada pihak yang cuba ambil kesempatan lagi. -CARI |