Tak senonoh dan menjijikkan! Dua kanak-kanak lelaki berusia 9 dan 10 tahun dipaksa sepupu ibu mereka untuk menonton video lucah dan meniru aksi tersebut.
Memetik mStar Online, ibu mangsa mendakwa kejadian berlaku di rumahnya di Sungai Buloh, Sungai Siput, minggu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Gan Tian Kee dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada wanita terbabit pada jam 10 pagi Jumaat.
Tambahnya, wanita terbabit mendakwa suspek, 29, yang merupakan pekerja kontrak Angkatan Pertahanan Awam menunjukkan video lucah kepada kedua-dua anaknya menerusi telefon bimbit dan kemudiannya memaksa mereka meniru aksi berkenaan.
Foto: The Advertiser
"Mangsa diberi RM4 supaya tidak mendedahkan perkara itu
kepada ibu bapa mangsa," katanya.
Susulan kejadian, suspek ditahan dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 14(b) dan Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - CARI |