Dalam ramai-ramai menteri, pasti kebanyakan daripada kita setuju Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) merupakan menteri paling dekat dengan golongan belia. Ke ada yang tak setuju?
Jika raya Aidilfitri lalu KJ memuat naik gambar Outfit of the Day (OOTD), terbaru dia memuat naik pula gambar OOTD ketika menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT). Poyo tapi sempoi!
Lebih menarik perhatian netizen, KJ membahasakan dirinya dengan panggilan 'Abah'.
"Abah balik kerja naik MRT hari ini. Ambil kesempatan OOTD poyo.
Memang MRT kita world class. #JomNaikMRT," tulisnya.
Pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap posting berkenaan.
"Abah, kita orang nak KFC bucket. Cepat!
"Bah, balik belikan aiskrim coklat dua," tulis netizen.
Tak dapat dinafikan ada pengguna Twitter mengambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkhidmatan MRT itu.
"Jangan tipu la world class. Kaunter topup Touch 'n Go asyik rosak, train lewat (1 jam) tapi tak minta maaf secara rasmi," tulisnya.
Foto: Twitter KJ
Pengguna berharap KJ dapat mengambil tindakan dan tidak hanya 'ber-OOTD' sahaja. Apapun, KJ memang cool. Ke poyo? - CARI |