Kalau sebut pasal kuih-muih, banyak sangat rasanya dan antara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Kuih Cara Berlauk.
Tapi sayangnya kalau beli di luar, ada sahaja yang tidak kena dari segi rasanya. Apa kata cuba sendiri di rumah. Tak susah pun, percayalah! Jom cuba resipi mudah ini.
Foto: Nasilemaklover.blogspot
Bahan-bahan untuk inti:
300g daging atau ayam kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada putih atau lada sulah
Bahan-bahan hiasan atas:
2 biji cili merah, hiris halus
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup
Bahan-bahan untuk adunan Kuih Cara Berlauk:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
4 cawan santan cair
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil pewarna kuning
Foto: Nasilemaklover.blogspot
Cara-cara untuk inti:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Cara-cara untuk adunan Kuih Cara Berlauk:
1. Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati.
2. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung.
3. Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih.
4. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
5. Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
6. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan. Siap!
Selamat mencuba. -CARI
Kredit Resipi: FB Resipi Viral Terbaik
|