Malang sungguh nasib seorang pencuri kerana cubaannya untuk melarikan barang berharga dari rumah seorang pengamal perubatan gagal! Nak rasa kesian atau nak cakap padan muka?
Akibatnya dia hanya mampu duduk di atas kerusi meja makan sahaja sambil menahan kepenatan selepas mencari pintu keluar dari rumah tapi tak jumpa-jumpa!
Kisah tular ini tersebar di media sosial selepas seorang pengguna Facebook Nabila Nabila memuat naik beberapa gambar dengan kapsyen, "enyangak kantoi terperangkap dalam rumah cari pintu nak keluar tak jumpa. Kes pecah rumah."
Kejadian berlaku di rumah Omar Gul Hadzrat Gul, 77 dan menurut laporan Sinar Harian, dia menyedari ada seorang lelaki berkepala botak itu semasa mahu pergi ke tandas.
"ak Long tanya dia hang pencuri ka? Kenapa tak keluar? Dia jawab cari pintu keluar tak jumpa dan tak ingat masuk dari arah mana," katanya.
Menurut sumber lagi, Omar terus pegang tangan pencuri tersebut sebelum menendangnya di muka dan menyebabkan dia pengsan.
Foto: Facebook
Malah, sebelum ini pun ada empat orang pencuri yang cuba mencuri burung belaannya, namun gagal juga kerana ternampak laut dan tak dapat melarikan diri.
Hebat sungguh nampaknya pendinding yang digunakan dan nampaknya netizen juga mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.
Bagi mereka yang nak tahu amalan ayat suci al-Quran yang digunakan untuk menjadi pendinding kediaman daripada anasir jahat seperti ini, bolehlah jumpa sendiri dengan Pak Omar ya. -CARI
Omar dan isteri, Foto: Sinar Harian
|