CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 9

Didakwa Cuba Ambil Telefon Bimbit, Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Dibelasah Ter

[Copy link]
Post time 31-7-2017 05:58 PM | Show all posts |Read mode





Susulan baru-baru ini tular di media sosial berhubung sebuah video yang menyaksikan kejadian sekumpulan lelaki bertindak membelasah seorang lelaki yang didakwa cuba mengambil telefon bimbit milik pekerja Pasar Besar Kota Kinabalu.


Mangsa itu dipercayai kurang siuman sedang dijejaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.


Memetik laporan Harian Metro, ketua polis daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu di hadapan bangunan KK Plaza di Kota Kinabalu.


Difahamkan, mangsa terbabit dibelasah oleh beberapa lelaki sehingga mengalami cedera di kepala akibat dipukul menggunakan kayu dan batang besi sebelum melarikan diri.


“Mangsa pergi ke Pasar Besar Kota Kinabalu dan dikatakan cuba mengambil sebuah telefon milik pekerja di situ menyebabkan dia dikejar oleh pekerja sebelum didakwa cuba melawan serta mengacukan gunting."


Tambah ACP M Chandra, laporan polis sudah diterima dan siasatan masih diteruskan.


Orang awam dinasihat agar tidak bertindak di luar batas dan mematuhi undang-undang, tegas ketua polis daerah Kota Kinabalu itu.- CARI

sumber : Malay Mail Online



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2017 06:07 PM | Show all posts
eh dah macam kat India yenna
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 06:26 PM | Show all posts
nasib baik ada telefon bimbit org yang belasah pun patut kena heret sekali

akta - rusuhan sehingga bawa kecederaan kepada suspek.

kan suspek tak siuman tangkap bawa balai selesai . suspek pun tak curi hp tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian. Kadang bkn dia tau benda tu salah or x. Dah nama x siuman. Yg sihat akal fikiran tu xbleh pk waras
Tringat berita sorg oku (mental kot) ditinggalkan kawan kt highway, blik umah jalan kaki mengamuk2 la org tu kt kawan dia guna senjata. Penghabisan kena tembak mati bkn kat kaki ok. Cukup adil dan saksama kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya org yg x waras ni bukannya tahu apa yg dia buat tu salah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke mental ni?.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2017 07:04 PM | Show all posts
Kasihan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau betul mental memang kesian laa..{:question
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 08:20 AM | Show all posts
apa asyik2 cerita hancing dr sabah jah lately
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 08:24 AM | Show all posts
selain indon, india, bangladesh, pakistan dan negara dunia ketiga lainnya yang masih kurang bertamadun, malaysia juga termasuk negara yang memukul dan membelasah org secara berkumpulan sesuka hati di atas jalan raya dan di tepi2 kaki lima.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.289500 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list