View: 1868|Reply: 2
|
Ini Rupanya Aktiviti Amah Indonesia Di Hong Kong....
[Copy link]
|
|
sumber : FreeMalaysiaToday
"Antara punca amah di negara itu terdorong menyertai IS kerana mereka berjumpa kawan-kawan dalam kumpulan dakwah radikal di negara tersebut yang bertindak sebagai “pengganti keluarga."
“Apabila seorang ditarik ke dalam kumpulan itu, maka yang lain akan ikut serta.”
Demikian yang dinyatakan dalam laporan Institut Analisis Dasar Konflik (IPAC) semalam berhubung pembabitan amah Indonesia yang bekerja di Hong Kong dalam kegiatan militan IS setelah berkenalan anggota IS yang dianggap teman lelaki secara atas talian.
Memetik laporan Channel News Asia, seramai 45 daripada 150,000 amah Indonesia itu dikatakan membiayai tiket penerbangan ke Syria untuk berkahwin dengan anggota militan tersebut.
Menurut penganalisis IPAC, Nava Nuraniyah, mereka melihat militan sebagai hero dan teruja untuk menawarkan sokongan logistik dan kewangan untuk membiayai kegiatan keganasan teman lelaki masing-masing.
"Ada di antara mereka akhirnya dieksploitasi oleh teman lelaki termasuk mereka yang ditahan di penjara Indonesia."
Justeru itu, kerajaan Hong Kong, konsulat Indonesia dan ulama arus perdana bekerjasama digesa oleh IPAC untuk memastikan ulamak ekstremis yang mempromosikan kebencian dan keganasan tidak diberi peluang untuk menyebarkan dakwah mereka.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Penat2 keja,hasilnya sia2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja je elok2.kang hong kong barred amah indonesia lagi haru |
|
|
|
|
|
|
| |
|