View: 2888|Reply: 18
|
Perasan Tak? Wanita Lebih Cepat Tua Dari Lelaki. Ini Sebabnya..
[Copy link]
|
|
Umur merupakan perkara paling penting yang kebiasaannya menjadi pertimbangan dalam memilih pasangan. Bagi sesetengah lelaki, wanita yang jauh lebih muda merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup.
Setuju tak jika dikatakan wanita akan nampak lebih cepat tua berbanding lelaki? Setuju atau tidak itulah hakikat yang perlu ditelan oleh kaum wanita.
Dalam Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad Nahai, seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa proses penuaan bagi kulit lelaki berlaku lebih lambat berbanding wanita.
“Perbezaan ini ternyata disebabkan kerana wanita mempunyai kelenjar peluh (sebaceous glands) yang lebih sedikit daripada lelaki,” ujar Dr Moshe Kon dari University Medical Centre Utrecht.
Sebaceous glands atau kelenjar peluh berfungsi mengeluarkan minyak yang akan membuat kulit tetap lembut. Pada wanita, jumlah kelenjar tersebut sangat sedikit sehingga seiring berjalannya waktu, wanita akan tampak lebih tua berbanding lelaki, terutama di daerah sekitar mulut yang akan lebih berkedut.
Penyelidik memfokuskan kajian pada daerah wajah, iaitu pada bahagian sekitar mulut, baik atas sebelah mahupun bawah. Selain kelenjar keringat yang lebih sedikit, yang membuat wajah seorang wanita kelihatan lebih tua berbanding lelaki adalah sedikitnya pembuluh darah yang mengalir di daerah mulut.
Otot-otot mulut yang terdapat pada wanita juga lebih dekat pada kulit. Akibatnya kulit akan tertarik dengan kencang tapi lebih cepat pula berkedut.Kelebihan lelaki yang membuatnya lebih awet muda daripada wanita ternyata juga terdapat pada kelenjar peluh dalam setiap folikel rambutnya.
“Lelaki punya kelenjar keringat lebih banyak per setiap folikel rambutnya yang akan membuat kulitnya lebih lambat mengalami penuaan,” kata Dr Kon.
Beberapa penyebab penuaan yang lebih cepat pada wanita juga disebabkan oleh menipisnya hormon estrogen menjelang masa menopause yang membuat aliran darah berkurangan dan menyebabkan garis-garis halus dan kerutan di kulit.
Satu penemuan penting lagi dari kajian ini adalah, tulang rahang wanita akan mengecut lebih cepat jika sudah tua berbanding lelaki dan akibatnya, bahagian untuk menampung kulit tidak ada lagi dan akhirnya muncullah kedutan.
“Cara paling baik agar kulit tetap terlihat muda adalah mengelakkan merokok, sinar matahari dan usahakan pakai pelembab kemanapun anda pergi,” kata Dr Jessie Cheung, dermatolog dari NYU Langone Medical Centre, New York City.
Namun usah khuatir, ini kerana masalah tersebut boleh diatasi dengan pelbagai produk kecantikan dan juga amalan gaya hidup sihat. Rajin-rajinlah bersenam dan jangan lupa jaga pemakanan. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak Nita muda je dgn hanya mengambil wudhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
3 litres air masak macam kakak faz. baru shantek meletop |
|
|
|
|
|
|
|
macammana la rupa kak nita skang....mesti betambah muda.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengaruh persekitaran pun banyak menyumbang sebenarnya. Kalau yang muda selalu bergaul dengan yang sedikit berumur lama2 yang muda tu pun akan nampak berumur juga. Selain tu personality dan cara dia dibesarkan pun banyak mempengaruhi sama ada dia akan kelihatan tua atau muda. |
|
|
|
|
|
|
|
tua pun tua lah... yg penting bahagia.... |
|
|
|
|
|
|
|
ohmaiiii botox alert..opss haram la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
alamak botox alert.. opss haram la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 tgk dari pergaulan jugak.
Macam aku byk bergaul dgn muda2, bila bgtau umur sebenar sume tak caye.
Ingat aku baya2 diorg. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh,kena start ambik supplement utk maintain skin elasticity ke {:question |
|
|
|
|
|
|
|
may be because too much thing need to be think compare to lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
yeke? nape ramai cakap laki iols lagi tua dari iols sedangkan laki iols muda 4 tahun dari iols..ke sbb iols kecik |
|
|
|
|
|
|
|
Tips Scr888
Kepada Onlineclub customers kita :
Boss boleh cuba,ini record palanggan cuci kat game scr888 hari ni ,terima kasih
sila contact customers service kita
whatsapp:014-3211145
fb=https://www.facebook.com/sloton9/?fref=ts |
|
|
|
|
|
|
|
carly_lah replied at 28-7-2017 07:33 PM
tua pun tua lah... yg penting bahagia....
ahahah betul2. yg penting bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik laki aku tua dari aku, so nampakla i senantiasa muda jelita. kiki. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang akan tua lah so dont make such a big deal out of it |
|
|
|
|
|
|
|
Jorja replied at 26-10-2017 08:27 PM
Semua orang akan tua lah so dont make such a big deal out of it
Exactly. X salah pun tua. Hukum alam. |
|
|
|
|
|
|
|
X perasan la..i rs lelaki yg cpt tua.. |
|
|
|
|
|
|
|
rainbow259 replied at 16-8-2017 02:35 AM
ahahah betul2. yg penting bahagia
Aikkk da nk nickname aku le..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|