|
Bagi penggemar popia, anda pasti akan jatuh cinta dengan menu yang satu ini, popia cendawan cheese.
Katanya sedang viral ketika ini, dan ketika sedang 'hot' inilah harus dicuba sebelum jadi sejuk dan dilupakan. hehe
Apa pun, memang terbaiklah resipi ini, gabungan cendawan dan cheese boleh buat habis sepinggan terus popia ini! Jom cuba!
Bahan-bahan:
Satu tin cendawan butang (potong dadu)
Dua batang lobak (potong dadu)
Satu biji bawang holland (potong dadu)
Tiga batang sosej (hiris kecil)
Tiga keping burger ayam
Satu tin cream of mushroom prego (tin biru)
Tiga keping chedar cheesedale
Sedikit susu fullcream
Sedikit butter
Cara-caranya:
1. Panaskan satu sudu kecil butter.
2. Masukkan bawang holland dan tumis sampai naik bau.
3. Masukkan daging burger, kacau kasi hancur dan tidak berketul.
4. Masukkan sosej, cendawan dan lobak dan kacau.
5. Selepas itu masukkan sos cream of mushroom prego, kacau sampai sebati.
6. Kalau pekat sangat tambah susu full cream tapi jangan bnyak sangat, agak-agak je.
7. Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam, gula serta garam.
8. Bila sudah sebati, masukkan cheese keping tadi, Gaul sampai cheese cair.Siap. - CARI
Kredit resipi: Resepi Sedap |
|