Baru-baru ini heboh diperkatakan di media sosial mengenai sebuah restoran yang mengenakan caj tambahan sebanyak RM0. 30 sen untuk mengikat air yang dibungkus.
Menurut seorang pembeli, pada mulanya dia singgah di sebuah restoran yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat Awang Besar untuk membeli air minuman.
Pembeli tersebut telah memesan Air Limau Asam Boi yang berharga RM3.50. Alangkah terkejut pembeli tersebut apabila resit yang diterima telah dikenakan caj untuk khidmat ikat tepi. Apabila ditambah caj berkenaan harga keseluruhan minuman itu menjadi RM3.80 iaitu lebih RM0.30 sen dari harga sebenar.
Biarpun nilai tersebut mungkin kecil bagi sesetengah orang, namun rata-rata netizen amat terkejut dengan tindakan restoran tersebut. Ikat tepi pun kena caj ke?
Tidak hanya berdiam diri selepas dikecam hebat oleh netizen, pemilik restoran itu tampil memberi penjelasan sebenar mengenai kejadian itu.
Wanita yang dikenali sebagai Nita Saidi memuat naik sebuah video bagi menjelaskan kenapa restorannya mengenakan caj tersebut.
"Dalam keadaan ekonomi sekarang, RM 0.30 tu tak membawa apa-apa nilai"
"Bukannya apa, macam besar sangat je isu RM 0.30 sen ditambah kepada satu bungkusan air. Pada kami, RM 0.30 sen is..mean nothing sebab kami dah bagi value yang lebih." katanya.
Namun, rata-rata netizen nyata tidak berpuas hati dengan penjelasan pemilik restoran tersebut.
Apa pula pandangan anda mengenai isu ini, besar ke kecil nilai RM 0.30 sen buat anda? - CARI
|