CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 901|Reply: 1

[Tempatan] •“Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan

[Copy link]
Post time 19-7-2017 05:44 PM | Show all posts |Read mode
https://www.malaysiakini.com/news/389096

Jarang berlaku, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mengingatkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kepada bait-bait ayat al-Quran.

Lim berbuat demikian setelah Apandi berkata beliau hanya takut pada Allah, bukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu memanggilnya jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru.

“Jika benar Apandi takutkan Allah, beliau tidak sepatutnya menjadi peguam negara untuk kleptokrasi sedunia,” kata Lim yang juga anggota parlimen Gelang Patah.

Lim justeru membariskan petikan dua ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah daripada ayat ke-42 dan ke-60, yang berbunyi:

•“Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (al-Quran 2:42)
  
•“... dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.” (al-Quran 2:60)

Mahathir kelmarin berkata, jika HARAPAN menang pilihan raya, mereka akan memanggil Apandi untuk menjawab dakwaan bahawa beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Apandi menafikan perkara itu dan berkata beliau hanya gentar pada Allah dan bukan sesiapa pun, termasuk Mahathir.

Apandi telah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya dan skandal SRC International.

Apandi juga menolak pertuduhan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bahawa dana 1MDB diselewengkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur...LKS dh pandai baca Al-Quran dh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.080041 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list