View: 17200|Reply: 132
|
Izara Aishah: Beauty With Brain, Bijak Tepis Kontroversi
[Copy link]
|
|
Selebriti pilihan minggu ini mempunyai tag `jenama’ Dewi Remaja! Itu sebab dia mudah mendapat tempat. Izara Aishah dilahirkan pada 29 September 1992. Berasal dari Johor Bharu dan merupakan anak sulung dari tiga beradik. Bapanya tokoh korporat terkenal sementara ibunya berketurunan Pakistan dan menetap di Petaling Jaya.
Perjalanan kariernya bermula selepas menyerti Pencarian Dewi Remaja 2009/2010. Di sinilah aku mula mengenali gadis bertubuh padat dan rendah ini. Kehadirannya semasa sesi fotografi dan seterusnya persediaan rakaman Astro (aku mengumumkan nama finalis ke final), menuju ke puncak pencarian Dewi Remaja, membuatkan ramai yang tidak perasan! Dia seorang pendiam dan bukan jenis `drama queen’ seperti yang lain.
Kemunculan di pentas akhir, mampu menewaskan pesaing lain. She is beauty with brain!
Keistimewaan Izara memiliki kemahiran Muay Thai yang dipelajari sejak berusia 16 tahun! Hebat kan? Kariernya dalam bidang lakonan terserlah, selepas menjadi `brand Ambassador’ untuk beberapa syarikat dan produk periklanan.
Izara sentiasa kelihatan anggun dan mantain ayu terutama di khalayak. Kebetulan dalam satu pertemuan, kami berjumpa dalam satu majlis glamour dan duduk bersebelahan. Kami diundang menjadi juri untuk pertandingan Ratu Cantik yang ada kelas.
“Abang masih kenal saya ke?”, soalnya.
“Sudah pasti abang kenal you, Izara”.
“Saya bukan finalis favorite abang”. Soalan maut!
“Semua finalis Dewi Remaja adala protoge abang. Abang kagum dengan you all… cantik dan berkeyakinan. Tapi pada peringkat awal you selalu menjauhkan diri dan tak pernah berbual dengan abang. Sedangkan finalis yang lain, ada sahaja soalan dan bersikap mesra alam”.
Dia terdiam dan mengangguk faham apa yang aku cuba sampaikan.
Alhamdulilah, hari ini Izara naik bukan kerana gedik tapi kecantikan dan bakat. Filem Balun, KL Zombie, Chikaro, Sejoli, Pilot Café, Sinaran, Showdown The Movies, J Revolusi dan Kau Yang Satu, antara hasil kerasnya sebagai aktor.
Aku angkat topi, pada wataknya dalam filem J Revolusi, sebagai sebagai anggota wantia Unit Tindakan Khas (UTK). Lasak, berkesan dan antara lakonannya paling cemerlang.
Ada pihak produksi mengatakan pelakon ini mula berlagak diva dan demanding. Betul ke? Izara yang mula dikenali dalam slot drama menafikan dia kini hanya memilih tawaran berlakon di layar perak sahaja.
“Sebagai pelakon baru, saya sedar kemampuan lakonan saya. Jika saya rasa belum layak membawakan sesuatu watak, saya akan tolak,” katanya.
Kasihan pelakon ini sering dikutuk kaw kaw oleh netizen dalam media sosial. Kecoh, blaus yang dipakainya seksi dan menampakkan pangkal buah dada. Fesyen yang sama itu pernah dipakai oleh Selena Gomez, juga berwarna putih. Tapi Izara cekap, terus mohon maaf dan kes itupun tenggelam.
Foto: Ig Izara
Terkini, anak tiri penyanyi kebanggaan negara Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studio telah mengikat pertunangan dengan Izara. Dan mereka bakal bernikah sebelum akhir tahun ini. Namun, Izara tidak mahu memberikan sebarang kepastian mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka.
# Selamat bertunang, selamat pengantin baru dan selamat maju jaya anak muda! |
|
|
|
|
|
|
|
huntonglaaa mak pak kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Aduradura at 18-7-2017 02:11 PM
iolls suka izaraaaaaaa! Cantikk, berlakon pun bestttttt
Antara pelakon yg cantik & ade daya penarik :
Izara Aisyah
Fazura
Tiz Zaqya
Fatiya latif (kalau freehair)
Sari yanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Izara ni lawa. Gebu gebu je. |
|
|
|
|
|
|
|
suka izara dan anzalna
hajah, mohon kertu |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa bapak Izara?
Kawan aku ye ye je bgtau terserempak a few times dengan Izara & her sugardaddy kat her studio apartment di sebuah bangunan di tepi Tol Batu 3 (this was 3 years back +-). If she comes from money, takkan nak jadi sugarbaby kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Izara ni pun kelakauuu jugak kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Beauty tu aku setuju tp bab brain aku kureng skit.tp yg aku respect izara walaupun selalu kene kecam sbb berpakaian seksi tak mudah melatah |
|
|
|
|
|
|
|
bimbo jer tengok...brain kejadah nye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Aduradura at 18-7-2017 02:33 PM
AppropriateNick replied at 18-7-2017 02:30 PM
mana acik lofak
Gigih chuolls heret nama lopah dlm ni..lopah tak bape lawooo ,berlakon muka tahan sembelit & sgt kayu utk iolls angkat sebagai pelakon |
|
|
|
|
|
|
|
Beauty tu 100% betul la kan..
But brain tu |
|
|
|
|
|
|
|
I tak pernah tengok her father. Tokoh korporat terkenal yang mana satu? |
|
|
|
|
|
|
|
DD pun berdahi licin. Dura tak suka ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok la dia ni berlakon. Nak kata bagus pun tak sangat. Dia ni bila bercakap macam kurang jelas sket sebutannya. Tapi dia ni cool. Bila kena kutuk relax je jawab tak ada pun cepat melenting |
|
|
|
|
|
|
|
meols tertanya2 jugak. dia ada ayah betul dan ayah tiri kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|