Pakar matematik, Maryam Mirzakhani, 40, meninggal dunia setelah lebih empat tahun bertarung dengan kanser.
Mirzhakani yang juga merupakan wanita pertama memenangi hadiah berprestij matematik menghembuskan nafas terakhirnya apabila sel kanser tersebut merebak hingga ke tulang sum-sumnya.
Sumbangannya dalam bidang sistem dinamik dan geometri kompleks membolehkan wanita yang berasal dari Iran itu dianugerahkan medal 'Field' (Hadiah Nobel dalam kategori matematik) pada tahun 2014.
Apa yang lebih membanggakan adalah beliau merupakan wanita dan warganegara Iran pertama yang menerima penghormatan tersebut sejak tahun 1936.
Maryam Mirzhakani, Foto: New York Times
Menurut BBC, Mirzhakani memecahkan rekod sebagai gadis pertama dalam kumpulan Iran bertanding dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa serta memenangi pingat emas pada tahun 1990.
Pakar ini bekerja sebagai seorang profesor dalam bidang matematik di Standford dari tahun 2008 sehinggalah kematiannya.
Sementara itu, Firouz Naderi, seorang saintis bangsa Iran-Amerika turut mengucapkan salam takziah atas kehilangan seorang genius di dunia ini.
"Satu permata telah pergi meninggalkan kita hari ini dan ia amat menyedihkan hati saya. Mirzakhani merupakan seorang yang genius, tetapi dia juga adalah seorang anak perempuan, ibu dan isteri," tulisnya di Instagram. -CARI |