CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2083|Reply: 10

[Dunia] Pelajar Melayu, Hafiz Kasman cemerlang, raih ijazah Summa Cum Laude di SMU

[Copy link]
Post time 12-7-2017 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Seorang pelajar Melayu/Islam, Muhammad Hafiz Kasman, muncul sebagai antara lulusan cemerlang Universiti Pengurusan Singapura (SMU) tahun ini.

Ini apabila beliau berjaya menjulang ijazah Summa Cum Laude berserta kepujian tertinggi, iaitu bersamaan dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama.

BERITAMediacorp bertemu dengan pelajar contoh itu untuk mencungkil rahsia kejayaan mereka.

HAFIZ KASMAN: CEMERLANG DALAM PELAJARAN, CEMERLANG DALAM KERJA MASYARAKAT

Siswazah pengurusan perniagaan, Muhammad Hafiz Kasman, giat melakukan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan di dalam serta luar negara kerana percaya ilmu boleh diraih dan dicurahkan dalam banyak cara.

Beliau juga menubuhkan sebuah program bimbingan dipanggil CoffeeChats untuk membantu dalam pembangunan profesional para penuntut baru menerusi sesi rangkaian bersama para senior.

Berbanding rakan-rakan lain yang seronok menjelajahi dunia setelah tamat pengajian, Hafiz pula meluangkan masa dua bulan bekerja bersama sebuah syarikat teknologi kewangan baru di Jakarta kerana berminat untuk mendalami keadaan ekonomi Indonesia.



Disebabkan sifat kepimpinan unggul yang ditonjolkan di luar bilik darjah itu, beliau menerima anugerah CIRCLE dalam majlis konvokesyen siang tadi.

Hafiz akan memulakan kerjayanya sebagai seorang perunding pengurusan di syarikat Oliver Wyman mulai September ini.

"Selama empat tahun saya di sini, memang mentaliti untuk menjadi masyarakat yang bertanggungjawab amat penting. Kepuasan yang paling utama sekali yang saya dapat mengalami adalah apabila kita menolong sesebuah masyarakat, ada banyak juga yang kita boleh mempelajari daripada masyarakat-masyarakat tersebut dari segi pengalaman-pengalaman yang mereka lalui," kata Encik Hafiz, 24 tahun.

AMALINA ABDUL NASIR: DARI MADRASAH AL-MAARIF KE SMU

Dahulunya pendiam dan kurang yakin diri tetapi budaya serta sekitaran pembelajaran unik lagi penuh bertenaga di SMU berjaya membuatkan penerima Sarjana Muda Sains Sosial, Amalina Abdul Nasir, keluar daripada kepompongnya.

Malah, pendedahan yang diterimanya dalam kelas mahupun menerusi kegiatan Kelab Bahasa dan Kebudayaan Melayu (MLCC) juga menajamkan lagi kemahiran bekas pelajar Madrasah Al-Maarif ini melalui pelbagai aspek.

Ilmu ukhrawi yang ditimba itu, khususnya dalam proses penceraian, saling melengkapi pengajiannya dalam bidang sosiologi sekaligus mempertingkatkan pemahaman serta pengetahuannya. Ini terutamanya ketika beliau menjalani program latihan amali di Mahkamah Syariah.



"Saya rasa kemahiran dalam kedua-dua jurusan ini memberi saya kebolehan untuk memberi cadangan yang unik kepada mahkamah syariah," kata Amalina Abdul Nasir, 23 tahun.

Siswa sarjana muda sains sosial, pengkhususan sosiologi dan komunikasi korporat itu juga menambah: "Di samping itu juga, latar belakang sebagai seorang pelajar madrasah membolehkan saya memberi pandangan-pandangan alternatif dalam perbincangan dan juga perdebatan di dalam kelas yang menyentuh perihal agama, radikalisme dan sebagainya dan sekaligus membetulkan stereotaip yang ada."

Demi memburu minatnya dalam bidang menentang pengganasan, Amalina, yang sedang mengikuti ijazah dalam undang-undang Islam di Kolej Islam Muhammadiyah, berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Sekolah Kajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) dalam jurusan kajian strategik.

Majlis konvokesyen SMU ke-14 ini buat julung-julung kalinya diadakan di bangunan baru Fakulti Undang-undang dan dihadiri Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, K Shanmugam, selaku tetamu terhormat.

Kesemuanya 2,700 graduan SMU menerima ijazah masing-masing dalam majlis konvokesyen empat hari, yang bermula hari ini.
- BERITAMediacorp/fa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah..
hebat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pasti bukan Melayu Sarawak kannn.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.... bukti kehebatan dan keunggulan bangsa terpilih yg suci mulia ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.... bukti kehebatan dan keunggulan bangsa terpilih yg suci mulia ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.... bukti kehebatan dan keunggulan bangsa terpilih yg suci mulia ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.... bukti kehebatan dan keunggulan bangsa terpilih yg suci mulia ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2017 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau 24 juta Melayu hebat macam ni takda lah dipanggil Meleis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2017 09:14 AM | Show all posts

Walau duduk di negara urban, kagum tgk hadek2 ni x terpengaruh dgn attitude urban malah mbentuk jati diri yg lbih baik. So ummah meleis xpayah la asik nk pandang melayu singapork tu rosak...sometime dorg lg bagus dr kite.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 10:40 AM | Show all posts
tahniah, hebat2 uols
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 10:43 AM | Show all posts
Tahniah. Anda hebat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.186044 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list