CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9497|Reply: 54

Dah Calarkan 'Tupperware', Buat Drama Pula Aunty Ni!

[Copy link]
Post time 12-7-2017 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Biasanya kita akan lebih berhati-hati kalau masuk ke dalam kedai menjual cenderamata atau mana-mana seksyen yang terdapat barangan mudah pecah atau rosak, kan? Cukup 'mengerikan' jika memikirkan kita harus membayar harga barangan berkenaan sekiranya tak sengaja terjatuhkan atau merosakkannya.

Bagaimanapun, seorang wanita dan anaknya baru-baru ini tular di media sosial kerana enggan membayar botol air jenama Tupperware yang mereka jatuhkan.





Berang dengan kejadian yang
dipercayai berlaku di sebuah pasar malam di Cheras itu, pemilik gerai berkenaan meluahkan kekesalannya menerusi sebuah entri di laman Facebook.

"Seorang wanita dan anak perempuannya yang mengunjungi kedai saya beberapa hari lalu tak sengaja terjatuhkan botol air jenama Tupperware ketika mereka sedang membeleknya,"
tulisnya.

Apabila mendapati terdapat kesan calar pada botol itu, pemilik gerai segera meminta mereka membayar ganti rugi. Tambahan pula, sudah terang-terang

di hadapan gerainya tergantung amaran "Once broken, considered sold".






Bagaimanapun, dua beranak itu bukan sahaja enggan membayarnya, malah mereka terjerit-jerit memaki hamun pemilik gerai tersebut.





'Drama' itu berlarutan sehingga membabitkan polis untuk meredakan keadaan yang semakin tegang.

"Bukan sahaja tidak meminta maaf, wanita itu juga enggan membayarnya selain mendakwa tiada kerosakan serius pada botol air berkenaan,"
tambahnya.

Insiden itu berakhir apabila pemilik gerai memutuskan untuk membuat laporan polis.


Foto: FB




"Walaupun kelihatan seperti perkara remeh, kami memutuskan untuk membuat laporan polis.

"Orang seperti mereka perlu diajar,"
tegasnya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

"Tak ada wang jangan beli lah.

"Kenapa barang berkualiti seperti Tupperware mudah rosak? Siapa sahaja mahu membeli barangan tak berkualiti.

"Orang Malaysia berperangai macam ni, malulah Aunty,"
antara komen netizen.








Jika terjadi perkara sedemikian kepada anda, apa yang akan anda lakukan? - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tupperware tiruan ke mudah sgt calar sampai kena bayar gantirugi tu?..ntah2 dah berbelas kali jatuh..tup2 yg last pegang pulak kena bayar gantirugi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 04:03 PM | Show all posts

owalah, opo thor ngencret koyo ngene
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 04:04 PM | Show all posts
hmmm...
tapi takpe, mlm ni quarter final lelaki kat wimbeldon
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 04:05 PM | Show all posts
cun gak amoi pink tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tupperware rumah aku dah berapa kali jatuh..tahan sampai skrg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2017 04:10 PM | Show all posts
Kalau yang ori jika rosak kan ada warranty boleh tukar lain ke ni jenis nampak sama tapi tak serupa qualitynya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 04:19 PM | Show all posts
Bukan Tupperware ade lifetime warranty of some sort ke??
Pening betul.. kalau pecah berderai, ok ahh takleh jual dah..
Kat gambo tu pun aku tak nampak kat mana calarnye pun..

Jinjang mari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2017 04:25 PM | Show all posts
teruk ke calarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 04:33 PM | Show all posts
penjual xde hak nak paksa orang beli.....  walaupun ada benda kaca pecah
syok sendiri je letak notis bagai.... xde dalam law
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 04:39 PM | Show all posts
botol air bodoh macam tu harga mahal jatuh sekali terus calar...sape nak beli. tu yg paksa org bayar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 04:40 PM | Show all posts
kt pasar malam bersesak gitu kalu tertepis sikit botol ringan tu senang je jatuh. dh sensitif n mahal sangat balut lah supaya x calar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina sm cina eh? Serasi sgt.so tipikal
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 04:50 PM | Show all posts
Gaya tulis kat white board tu pun macam bunyi marah jer. Sampai 3 kali tanda seru
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:07 PM | Show all posts
klu brand brand cam ni jual kat pasar malam uptown bagai tu, original ke?
macam avon, tupperware etc?
kalau mekap tu dah tau la sah sah tiruan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:10 PM | Show all posts
kompom pasar malam pprt sepet tmn connought ke apa namanya tepi jalan tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape jual kat pasar malam?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 12-7-2017 08:42 AM
Cina sm cina eh? Serasi sgt.so tipikal

Aku cina dengan cina gaduh aku tak campur
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:35 PM | Show all posts
Nice to see, nice to hold,
Once broken considered sold.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 06:19 PM | Show all posts
s@s@ replied at 12-7-2017 04:33 PM
penjual xde hak nak paksa orang beli.....  walaupun ada benda kaca pecah
syok sendiri je letak noti ...

serious meh?  wah, baru tau ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.724823 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list