Selebriti terkenal dunia, Ashton Kutcher kesal dengan tuduhan majalah US Magazine yang mendakwa dia berlaku curang terhadap isterinya, aktres Mila Kunis.
Menurut Daily Mirror, turut disertakan sekali dalam majalah tersebut adalah gambarnya bersama seorang wanita di Lapangan Terbang Los Angeles sebagai bukti.
Foto: Daily Mirror
Menurut apa yang dilaporkan dalam artikel terbabit, Ashton dan seorang wanita misteri menaiki jet peribadi untuk menuju ke satu destinasi yang tidak diketahui.
Dituduh curang, aktor filem Valentine's Day ini memuat naik gambar keratan majalah tersebut dan menjelaskan tentang keadaan yang sebenarnya melalui twitter.
Rupa-rupanya wanita misteri yang digosipkan bersamanya sebelum ini adalah sepupunya sendiri.
Ashton dan Mila berkahwin pada 2015 dan pasangan artis ini mempunyai dua orang cahaya mata, Wyatt Isabelle Kutcher , 2, dan Dimitri Portwood Kutcher, 8 bulan. -CARI
Ashton Kutcher dan Mila Kunis, Foto: E Magazine
|