CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3558|Reply: 59

[Tempatan] Nelayan Dari Vietnam Paling Ramai Ditahan Oleh APMM Di Perairan Sarawak Kerana M

[Copy link]
Post time 12-7-2017 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 13-7-2017 10:20 PM

KUCHING – Nelayan dari Vietnam merupakan warga asing paling ramai ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Sarawak kerana menceroboh dan menangkap ikan tanpa kebenaran di kawasan perairan negara.

Kehadiran mereka dilihat terus melonjak dengan ketara tahun ini apabila 196 awak-awak dan tekong ditahan pada empat bulan pertama tahun ini dalam 18 kes pencerobohan berbanding 189 orang dalam 14 kes sepanjang tahun lepas.

Menurut statistk APMM, jumlah kedua paling ramai adalah nelayan dari Indonesia yang menjangkau 81 orang daripada empat kes pencerobohan sepanjang tahun lepas , diikuti 28 nelayan Thailand daripada lima kes pencerobohan.

Bagaimanapun, antara Januari dan Mei tahun ini jumlah nelayan dari Indonesia yang ditahan kerana menceroboh berkurangan kepada 28 orang daripada satu kes yang dikesan, dan pada masa yang sama tiada kes babitkan nelayan Thailand dikesan setakat ini.

Malah sejak tahun 2006 sehingga minggu pertama bulan ini, APMM telah menahan 1,155 nelayan asing warga Vietnam, kerana menceroboh perairan negara, diikuti 139 nelayan Thailand,125 nelayan asing dari Indonesia, 69 dari Filipina dan 14 dari China.

Pengarah Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit semasa diajukan soalan mengenai kebanjiran nelayan Vietnam,  berkata pada pandangannya ini disebabkan persaingan sengit dalam kalangan nelayan di negara berkenaan, apabila jumlahnya cukup ramai di sana.

Beliau berkata, keadaan ini diburukkan dengan ada kes-kes menyaksikan kehadiran mereka ini ‘digalakkan’ oleh syarikat-syarikat tempatan yang ingin mengambil untung segera dengan membeli ikan-ikan dari nelayan ini semasa berada di tengah laut.

Menurutnya, bagi bot-bot nelayan yang mendapat lesen untuk menangkap ikan di kawasan perairan negara, mereka disyaratkan membawa hasil tangkapan mereka ke jeti-jeti yang ditetapkan untuk dipasarkan.

Menurut Ismaili,  nelayan Vietnam ini juga biasanya tidak melawan apabila ditahan, dan biasanya mereka yang didakwa akan dikenakan hukuman sekitar enam bulan penjara, namun apabila keluar nanti, ada yang kembali melakukan kegiatan sama.

Justeru, menurutnya, APMM memerlukan pendekatan baharu dalam menangani isu ini, yang memerlukan agensi penguatkuasaan itu berada di tengah lautan bagi tempoh yang lebih panjang berbanding keadaan semasa. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2017 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Beliau berkata, keadaan ini diburukkan dengan ada kes-kes menyaksikan kehadiran mereka ini ‘digalakkan’ oleh syarikat-syarikat tempatan yang ingin mengambil untung segera dengan membeli ikan-ikan dari nelayan ini semasa berada di tengah laut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemalas nak merdeka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya tubuh Agensi Penguatkuasa Maritim Sarawak....lepastu baru la layak merdeka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 09:05 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 12-7-2017 09:07 AM

borneo bukan nak merdeka pun...tapi mereka menyuarakan rasa x puas hati kepada kerajaan persekutuan terhadap ketidakadilan dalam mengaggihkan kekayaan negara...tambahan pula nagara borneo ini banyak menghasilkan minyak.....

tengok shj KK...bandaraya maju pesat tapi  pembangunan jaraya teramat lambat....kalau dulu pembangunan letrik & air yg lambat...

pembenaan Rumah oleh developer di outskirt KK semua dah jenis apartment...tak boleh buat rumah teres....kalau ada rumah teres 2 tingkat semua > RM500K...apartment pun dah RM300K keatas...
penduduk Sabah contohnya bertambah mendadak sejak 10thn ini....apa tak jem..



  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 12-7-2017 09:05 AM
borneo bukan nak merdeka pun...tapi mereka menyuarakan rasa x puas hati kepada kerajaan persekutuan  ...

Tok bukan hal Sabah or Borneo sis...tok hal Sarawak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2017 09:17 AM | Show all posts
Simunggu replied at 12-7-2017 09:05 AM
borneo bukan nak merdeka pun...tapi mereka menyuarakan rasa x puas hati kepada kerajaan persekutuan  ...

kroni banyak sangat.. projek umum kemain lagi.. tp nan hadoo..
kesian kat org2 sana.. rasa mcm terpinggir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 12-7-2017 09:17 AM
kroni banyak sangat.. projek umum kemain lagi.. tp nan hadoo..
kesian kat org2 sana.. rasa mcm te ...

Sebuk sangat ko dengan orang sana.....ko tak pernah kene hanjeng dengan diorg boleh la ko propa geng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2017 09:52 AM | Show all posts
taji2906 replied at 12-7-2017 09:17 AM
kroni banyak sangat.. projek umum kemain lagi.. tp nan hadoo..
kesian kat org2 sana.. rasa mcm te ...

tu lah sbbnya...kalau BN mau memerintah lagi kena pandai jaga hati org sarawak & sabah...kalau bukan kerana sabah & sarawak pru13 hari tu dah tukar kerajaan..cina memerintah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 12-7-2017 09:52 AM
tu lah sbbnya...kalau BN mau memerintah lagi kena pandai jaga hati org sarawak & sabah...kalau buk ...

Bagus la Zhongguo ren memerintah.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu kan ada 14 nelayan china ditangkap APMM... indon tongong asyik meratib malaysia takut nak tangkap nelayan china... hellooo indon tongong, penguatkuasa malaysia ni selalu buat kerja secara diam2, bukan macam penguatkuasa indon asyik nak canang kehebatan depan rakyat yang bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 09:58 AM | Show all posts
nak tanya..
kalau tangkap nelayan n rampas bot...
hasil tangkapan (ikan) cam mane plak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 09:59 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 12-7-2017 09:15 AM
Tok bukan hal Sabah or Borneo sis...tok hal Sarawak.

simunggu pilak ni sibuk nak bsuara....dahla bodoh..pilak lagi...kantoi bagi data pastu pusing..bangang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 12-7-2017 09:59 AM
simunggu pilak ni sibuk nak bsuara....dahla bodoh..pilak lagi...kantoi bagi data pastu pusing..ban ...

Borneo belah Sarawak tu seronok kalau Cina memerintah...yg belah Sabah boleh berduka cita sampai hasut2 Semennjung anti non-bumi.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 10:06 AM | Show all posts
Edited by kentel at 12-7-2017 10:07 AM
sabbath_shalom replied at 12-7-2017 10:02 AM
Borneo belah Sarawak tu seronok kalau Cina memerintah...yg belah Sabah boleh berduka cita sampai h ...

kentel nak tunjuk sikit kebodohan pilak projek IC ni yang xpenah naik belon



fakta:



lepas kantoi dia spin 2-3 tahun lepas punya data


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 12-7-2017 09:23 AM
Sebuk sangat ko dengan orang sana.....ko tak pernah kene hanjeng dengan diorg boleh la ko propa ge ...

Pemimpin sarawak cuma buat gempaq sebab nak keuntungan politik jer.. depa pun tau kalau betul merdeka, dah pasti sempadan sarawak tu dipenuhi dan dikepung tni, indon sampai sekarang ni dok ngidam sarawak.. salah satu sebab tni tak mau langgar serawak sampai saat ni sebab malu alah dengan atm...

Buat sarawakian janganlah ngidam nak perintah sendiri kalau keluar malaysia, melainkan anda jadi indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 12-7-2017 10:06 AM
kentel nak tunjuk sikit kebodohan pilak projek IC ni yang xpenah naik belon



KK tu sebuk dr KL kekdahnye

Orang sana memang ramai suka membodohkan diri dalam forum2 Malaya.

      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dodifarid replied at 12-7-2017 10:07 AM
Pemimpin sarawak cuma buat gempaq sebab nak keuntungan politik jer.. depa pun tau kalau betul merd ...

Kalau TNI serang...orang Sarawak sesama sendiri pon sik taok yang mana satu Indon yang mana satu orang Sarawak....dua2 sama jak.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 10:15 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 12-7-2017 10:10 AM
KK tu sebuk dr KL kekdahnye

Orang sana memang ramai suka membodohkan diri dalam forum2 Malaya. ...

orang bodoh mcm simunggu tu je berkokok tarak bukti spesis tak penah naik belon pastu bagi data ikut perhatian sndri jah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 10:23 AM | Show all posts
kesian sarawakians
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.655282 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list