CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1109|Reply: 1

Tayang Filem Gay Dikecam, Penangpac Terpaksa Akur Tukar Filem Cinta

[Copy link]
Post time 11-7-2017 05:08 PM | Show all posts |Read mode





Akibat menerima kecaman di media sosial, penganjur Performing Arts Centre di Pulau Pinang (Penangpac) yang pada asalnya ingin menayangkan sebuah filem yang didakwa berunsur gay terpaksa akur dan menukar kepada filem percintaan ala Romeo dan Juliet yang berjudul West Side Story.


Memetik laporan akhbar Utusan Online, difahamkan filem asal berjudul Lost in Paradise adalah sebuah filem mengisahkan cinta tiga segi antara tiga lelaki berlatar belakang sindiket pelacuran seks sejenis di Ho Chi Minh.


Selain berunsur gay, dilaporkan juga dalam filem tersebut terdapat banyak babak yang memaparkan lelaki kacak yang bertubuh sasa dan beraksi dalam posisi yang mengghairahkan.


Filem tersebut pernah dianggap filem gay pertama yang dihasilkan di Vietnam dan telah ditayang  di Festival Filem Lesbian dan Gay di Hong Kong pada 2011.


Difahamkan juga beberapa badan bukan kerajaan merancang mengadakan bantahan malam ini jika pihak penganjur tetap berdegil menayangkan filem asal itu.- CARI

sumber : Malay Mail Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 06:43 PM | Show all posts
kemain tajuk "west side story"....eheheh
mat saleh amerika pun runsing jgk...skit2 lgbt...kata mereka wal hal golongan lgbt ni 4% je kat amerika..
women's right pun dpt backsit treatment je banding dgn lgbt rights ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.063800 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list