Edited by EJALTI at 2-7-2017 01:12 AM
Hilang sejak kelmarin
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/241241/hilang-sejak-kelmarin
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Jun 2017 @ 3:55 PM
Dziyaul Afnan Abdul Rahman
[email protected]

Mariah dan Abdul Razak menunjukkan gambar Rabiatul Syarafana yang hilang sejak keluar beraya kelmarin. (Gambar kanan) Rabiatul Syarafana. FOTO Dziyaul Afnan Abdul Rahman dan ihsan keluarga.
REMAJA perempuan berusia 15 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis dilaporkan hilang sejak kelmarin, selepas keluar berhari raya dipercayai mengikut rakan.
Rabiatul Syarafana Abdul Razak keluar pada 1 tengah hari untuk beraya di rumah guru di Kampung Titi Tinggi Hilir.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Ghazani Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat oleh ibu remaja itu, Mariah Man, 47, di Balai Polis Kaki Bukit, semalam.
"Ibunya menyatakan sehingga 8 malam, anak perempuannya masih tidak pulang menyebabkan dia risau.
"Berikutan gagal mengesan anaknya, pengadu dan suaminya, Abdul Razak Jaffar Aji, 55, tampil membuat laporan polis.
“Setakat ini polis masih menyiasat kes terbabit dan kes dikategorikan sebagai orang hilang," katanya dihubungi hari ini.
|