Ketua Kewangan Vatican, Kardinal George Pell didakwa atas pelbagai tuduhan jenayah seks kanak-kanak di Australia.
Foto: Huffington Post/REUTERS
Dalam masa sama, Kardinal George Pell juga merupakan penasihat tertinggi kepada Pope Francis.
Foto: CBS NEWS
Memetik portal Huffington Post, Timbalan Pesuruhjaya Polis Shane Patton berkata, pihaknya mendakwa Pell kerana sejarah jenayah seksualnya.
"Kardinal George Pell diarahkan untuk hadir ke mahkamah majistret Melbourne pada 18 Julai ini bagi perbicaraan kes," katanya.
Pell, bagaimanapun bertegas menafikan semua pertuduhan ke atasnya. - CARI |