CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1397|Reply: 2

Cermin Depan Retak, Pesawat Malindo Air Patah Balik Ke Airport Shahjalal

[Copy link]
Post time 28-6-2017 12:04 PM | Show all posts |Read mode


sumber : https://i0.wp.com/



Berikutan cermin depan kapal terbang didapati mengalami keretakan, juruterbang sebuah pesawat Malindo Air dari Dhaka terpaksa mengambil keputusan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal.


Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan terbabit berkata tindakan juruterbang tersebut adalah wajar kerana ianya merupakan langkah prosedur operasi standard (SOP) dalam apa jua penerbangan komersial.


Memetik laporan Astro Awani, kru pesawat dan penumpang dilaporkan selamat.


Sementara itu, dalam insiden Ahad lalu, sebuah lagi pesawat Malindo Air dari Lahore, Pakistan ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Delhi, India kerana masalah enjin.


Pesawat OD132 berlepas dari Lahore pada jam 9.25 malam Ahad lalu sebelum dikesan mengalami masalah teknikal.


Syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya menjelaskan juruterbang mematuhi SOP dan berjaya mendaratkan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, Delhi dalam tempoh 40 minit.


Semua 75 penumpang selamat dan diberikan penginapan satu malam di hotel Lapangan Terbang Delhi.


Penumpang kemudiannya diterbangkan ke Kuala Lumpur hari berikutnya.


Kata kenyataan itu, kru teknikal dihantar ke lapangan terbang untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pesawat bersama-sama pengendali teknikal Jet Airways.


Siasatan sedang dijalankan dengan pengeluar enjin dan boeing untuk mengetahui sebab utama masalah tersebut.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2017 02:46 PM | Show all posts
nasib baik xde blaku apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 09:36 AM | Show all posts
ALHAMDULILLAH, SEMUANYA SELAMAT.

AGAKNYA MASA NAK TERBANG TU, TAK RETAK LAGI...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.585384 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list