View: 1346|Reply: 5
|
Taksub Dengan Bomoh, Rakyat Malaysia Rugi RM2.7 Juta
[Copy link]
|
|
sumber: http://1.bp.blogspot.com
Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 64 kes penipuan bomoh dengan jumlah kerugian sebanyak RM2.7 juta dilaporkan membabitkan mangsa yang menganut pelbagai agama dan kepercayaan berlaku di seluruh negara akibat taksub dengan aktiviti perbomohan.
Memetik laporan Kosmo, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Komplot/Jenayah Pemalsuan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Chong Mun Phing berkata kebanyakan mangsa terpedaya dengan dorongan suspek yang menggunakan pelbagai taktik bagi memancing mereka.
"Antara taktik memamcing mangsa yang taksub adalah kononnya mampu membuang sial, mengubati penyakit serta tidak kurang juga yang percaya ramalan bomoh untuk memenangi nombor ekor."
Tambah Datuk Chong, sebanyak 15 kes dicatatkan di Johor dengan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM423,858 setakat bulan Mei 2017.
Manakala Selangor pula mencatatkan kerugian paling besar dengan jumlahnya melebihi setengah juta ringgit.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
2017 masih ada yg taksub dgn bomoh. Ada mslh sikit cari bomoh, bukan nak cari Tuhan dulu ke solat taubat ke cara nak selesaikan masalah ke. Ni hadap sangat bomoh tu. Bengap much! |
|
|
|
|
|
|
|
Siap ada raja bomoh lg. Only in malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
menteri2 pun pakai bomoh..
kes monafendy |
|
|
|
|
|
|
|
Bomoh bomoh tu semua dah kaya tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|