CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3965|Reply: 1

Banjir Kilat Di Batu Pahat, 7 Keluarga Dipindahkan Ke Pusat Pemindahan

[Copy link]
Post time 27-6-2017 11:37 AM | Show all posts |Read mode


sumber : http://malaysiandigest.com



Seramai 43 mangsa daripada tujuh keluarga di Batu Pahat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat setinggi 0.6 meter.


Memetik laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kejadian lewat tengah hari kelmarin melibatkan penduduk Kampung Sungai Kluang, Rengit yang ditempatkan di PPS Kampung Parit Jalai.


Usaha memindahkan mereka dilakukan bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Banjir berpunca daripada limpahan air pasang akibat benteng empangan atau pemecah ombak pecah. Kerja-kerja pembaikan sedang diuruskan oleh JPS Batu Pahat manakala bantuan telah disampaikan oleh JKM,"  katanya dalam kenyataan malam tadi.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2017 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada penduduk Batu Pahat yang terlibat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059597 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list