Sempena Hari Raya Aidilfitri, sebuah gereja Khatolik di Sabah setelah menjalani upacara keagamaan, kumpulan koir gereja itu mendendangkan lagu hari raya.
Hasil penduduk tempatan memuat naik video itu di Facebook, ianya menimbulkan perbincangan hangat di kalangan pengguna maya, rata-rata berpendapat ianya mencerminkan suasana harmoni di masyarakat Sabah yang berbeza agama dan budaya.
Paparan video yang berdurasi 27 saat itu jelas kelihatan ketika itu kakitangan gereja sedang kemas barangan manakala kumpulan koir pula bertindak mendendangkan lagu "Suasana Hari Raya".
Memetik laporan The Star, ketua kumpulan koir tersebut, Harry Wong memaklumkan, keempat-empat anggota kumpulannya mengambil keputusan mendendangkan lagu hari raya setelah habis menjalani upacara keagamaan kerana mereka ingin menyampaikan mesej kasih sayang dan perpaduan kepada setiap orang.
Tambah Harry, dia berharap semua orang dapat menikmati suasana yang penuh keriangan ketika hari perayaan ini, dan jelasnya tidak salah pun sekiranya mendendangkan lagu hari raya di dalam gereja. - CARI
Post time 26-6-2017 05:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kita tunggu kumpulan nasyid orang orang beriman mengreciprokasi dengan menyanyikan lagu Mary's Boy Child ka atau Silent Night ka di masjid pada hari
Krismas nanti.
Takat dengar lagu Leonard Cohen Hallelujah tu pon dah cukup menggetarkan akidah murek ...
Mungkin apabila bayu dingin bertiup sepoi sepoi bahasa didalam neraka Jahannam, kita boleh mendengar kumpulan nasyid orang beriman menyanyikan lagu lagu tersebut.
Post time 26-6-2017 06:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-6-2017 06:43 PM
yuuhuuuuuu sis
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya juga dek. Maaf ya belom terreply PM. Kita nak reply satu kali teros taip panjang2 gitu tu tapi belom ada kesempatan mengarang sekarang. Mohon ampun maaf juga jika ai ada terkasar bahasa dengan dek Fan. Semoga dek Fan enjoice the spirit of Raya di samping keluarga tercinta. ^_________^
best nyer dapat reply dan wish dari orang yang kita hormat
Terimakasih abang
maaf d sambut dan maaf juga d pinta yer bang .. kalau ada kata-kata adik secara tak sengaja mengguris perasaan abang
Tahun ni adik sangat gembira .. kawan-kawan baik dapat cuti dan balik beraya .. takde yang best selain dari dapat bertemu dan berkumpul .. pergh!~ meriah haha walaupun berwhatsapp hari-hari tapi macam tak jumpa bertahun-tahun
Abang tumpang gumbira membaca dik FC beriang ria di hari raya.
Jika ada diantara kawan kawan dik FC tidak gumbira kerana merasa sedey sebab Romdan baru meninggalkan kita, abang cadangkan dik FC sampaikan pantun ini untuknya: