View: 10151|Reply: 92
|
Antara Jubah Dan Baju Melayu
[Copy link]
|
|
Aidil Fitri ini anda pakai jubah atau baju Melayu? Baju kurung atau abaya?
Saya bukanlah pakar fesyen. Tapi setahu saya musim Raya lalu, apa yang dipanggil jubah “ hipster” agak populuar di kalangan anak muda.
Bagi Muslimah ( muda dan yang tak berapa muda ) abaya pilihan mereka. Namun populariti abaya bukanlah perkara baru. Maksud saya “trend” itu tidak bermula Raya lalu.
Saya menimbulkan ini kerana persoalan atau “tuduhan” bahawa orang Melayu mengalami proses “Arabisation” masih diperkatakan. Hingga ke hari ini.
“Arabisation” membawa makna penerapan budaya Arab yang dikatakan sedang atau sudah mengaburi budaya Melayu.
Dalam bahasa simple “Arabisation “ ialah orang Melayu nak jadi Arab. Ada sesetengah pihak berpendapat ini berlaku apabila orang Melayu mendekati Islam dan mengangap budaya Arab ialah budaya Islam .
Lalu kata mereka orang Melayu sekarang gemar berjubah, tidak lagi berteluk belanga dan bersarung ketika ke masjid umpamanya.
Kata mereka lagi orang Melayu kini menggunakan istilah “solat” bukan istilah “sembahyang.
Berbuka puasa diganti dengan “iftar”. Ucapan Selamat Hari Raya pula berbunyi “Eid Mubarak “. Semuanya demi Islamik kata mereka.
Gologan yang “bimbang” dengan perkembangan ini bagaimana mengakui tidak salahya menghampiri agama. Malah digalakkan.
Cuma yang mereka “risau” ialah budaya Melayu terhakis. Apatah lagi ada orang Melayu yang merujuk diri mereka sebagai “ana” bukan lagi “saya ” atau “aku”. Untuk “kamu, engkau, awak “ digunakan “ente”.
Betul ke budaya Melayu terkakis dengan perkembangan ini?
Adakah benar orang Melayu nak jadi Arab? Waullahualam. Tepuk dada tanya selera kata orang Melayu dulu dulu.
Saya sekadar ingin menyatakan rasanya orang Melayu termasuk yang menggunakan istilah Arab rata rata tahu tidak perlu jadi orang Arab untuk jadi Muslim.
Jika “polemiknya” tidak membabitkan aspek “spiritual” dan sebagainya Alhamdulilah.
Sudut luaran iaitu pemakaian,percakapan tidaklah membimbangkan sangat.
Foto: Carian internet
Lantas bagi saya berbaju Melayu lengkap dengan sampin,songkok dan capal mahu pun berjubah “hipster” atau yang longgar fesyen lama pada Syawal ini bukan masalah.
Begitu juga memakai abaya atau berbaju kurung.Kebaya juga. Yang penting kita tahu kita Islam.
Selamat Hari Raya semua
Maaf zahir dan batin. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan cuaca panas panas lembab nak bejubah bagai ... cemana lah kepam jadinya tuh |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 24-6-2017 03:32 PM
Dengan cuaca panas panas lembab nak bejubah bagai ... cemana lah kepam jadinya tuh
Sibuk jd Arab.. bang pyro jgn jd Arab tau...
Baju Melayu dh beli ke belum? |
|
|
|
|
|
|
|
Baju melayu ke jubah ke, baju kurung ke, abaya ke, tetap la sama panasnya. Sukati la nak pakai apa, yg penting aurat jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Baju melayu lagi macho..Jejaka malaya gitu...
Tak payah nak mengerbang sana sini dengan jubah bagai feeling pak arob.. |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 24-6-2017 03:45 PM
Ai pakai baju Barong ajah, kerana ai urang Asia Timur ... lagipun sejuk berangin pakai
...
Sempat lg kau eh..
Fin tanya elok2 nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
emelia1509 replied at 24-6-2017 03:52 PM
Baju melayu lagi macho..Jejaka malaya gitu...
Tak payah nak mengerbang sana sini dengan jubah bag ...
Khenn. Lagi2 yg cekak musang punya baju melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal sakit jiwa sgt sesetengah org ni dgn fesyen apa org nak pakai..ko takut perniagaan ko mufliskah?
Apesal baju melayu jadi wajib di hari raya n perhimpunan agong umno sj kenapa x wajibkan pakai hari2 ke pjbat segala?
Kalau betul ko nak sgt mempertahankan baju melayu ko tu?
Aku mmg tak faham pemikiran manusia macam ni.. mmg nampk sgt sakit hati org pakai jubah konon nak jd arab..ko x cakap pulak hari2 dorg pakai suit n kemeja ke ofis tu ? Yg setahun sekali nilah yg disibukkan |
|
|
|
|
|
|
|
finesse replied at 24-6-2017 03:53 PM
Khenn. Lagi2 yg cekak musang punya baju melayu.
Pakai pulak dgn butang keris yang tengah viral tu..hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
finesse replied at 24-6-2017 03:52 PM
Sempat lg kau eh..
Fin tanya elok2 nih..
Seroiusly, sejak 3-4 lalu si tak pakai baju mulayu dah time raya, rimas esp bab sampin tuh |
|
|
|
|
|
|
|
finesse replied at 24-6-2017 03:37 PM
Sibuk jd Arab.. bang pyro jgn jd Arab tau...
Baju Melayu dh beli ke belum?
blum kena penangan jantan arab lagi, kecam la sana sini. Allah swt nak ajar mulut celupar senang je, diizinkan kawin dgn pak arab. Silap haribulan , hang yg akan terlebih arab dari yg arab tu sendiri. padan muka hang. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku geli geleman pakai baju maxi ni.
Jantan pakai maxi.....apa ke jadahnya.
Pakai baju Melayu the best. |
|
|
|
|
|
|
|
last time pakai jubah zaman khatan Koran dlu..no more sis..xselesa ..Baju meleis all the way.
xda makna nk berkepam pakai jubah sambil kepit man clutch rambut undercut bagai pastu jalan kontrol macro...ajat hati nk langgar jah dgn kereta biar mampos.
baju melayu fit dimaafkan jika badan kau sedap..kalau bemok air kopek sebesar kuih pau juga haruslah dilanngar sehingga mati. |
|
|
|
|
|
|
|
I lagi bernafsu tngok lelaki pakai baju melayu.haaa,gitu statement iols.nmpk hensem n segak lagi tasty..kalau lelaki brjubah kurang sikit nk pandang.. Xtahu kenapa..macam trtutup pandngan oleh kuasa kesaktian gituh..lulz |
|
|
|
|
|
|
|
nishikido replied at 24-6-2017 04:46 PM
I lagi bernafsu tngok lelaki pakai baju melayu.haaa,gitu statement iols.nmpk hensem n segak lagi tas ...
Betol. Somehow rasa lelaki berbaju melayu ni nampak lg ensem n gagah la gittew |
|
|
|
|
|
|
| |
|