CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2938|Reply: 5

Kemalangan Ngeri Menimpa Rakan Sendiri Ketika Pulang Ke Kampung, Memang Tak Bole

[Copy link]
Post time 22-6-2017 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,
Alhamdulillah, perjuangan kita sepanjang Ramadhan bakal disambut dengan hari kejayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Semoga para pembaca sekalian sentiasa dirahmati Illahi.  

Mengenangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam meraikan Aidilfitri, mood bekerja mulai merudum kerana diganti dengan perasaan tidak sabar untuk pulang bertemu keluarga.  Pusat membeli belah semakin padat dan jalan raya semakin sesak dengan kenderaan. Ragam yang sama setiap tahun bagi rakyat Malaysia. Rata-rata Aidilfitri memberikan kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.

Namun, usah kita dibuai kegembiraan sendiri tanpa mengenangkan mereka yang kurang bernasib baik yang mungkin diuji dengan pelbagai dugaan dalam aspek kehidupan. Teringat saya satu peristiwa yang berlaku beberapa tahun lalu, hari yang sepatutnya menjadi hari gembira berkumpulnya sanak saudara, bertukar menjadi tragedi yang cukup menyayat hati.

Perkongsian kisah ini adalah sekadar mengenang seorang yang pernah menjadi sahabat saya dan rakan-rakan Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Beberapa hari sebelum Aidilfitri menjelma di saat ramai mula sibuk pulang ke kampung, sedangkan saya hanya berehat dirumah seorang diri sambil menonton Berita Utama di TV3.

Sedang khusyuk mengambil tahu hal-hal Negara dan dunia, fokus saya terhenti pada satu laporan berita yang mengejutkan saya. Satu kejadian kemalangan tragik telah berlaku sehingga menyebabkan adik beradik dan seorang rakan terkorban.

Gambar Hiasan



Mungkin ianya sudah menjadi berita lazim setiap kali menyambul Aidilfitri, namun, laporan kali ini benar-benar mengejutkan. Laporan menunjukkan senarai mangsanya dan gambar kad pengenalan mangsa seperti pernah saya kenal, iya benar, jelas dan nyata salah seorang mangsanya adalah sahabat saya tersebut.

Beliau telah terkorban menjadi mangsa kemalangan jalan raya. Telefon bimbit saya mula kecoh dengan panggilan dan mesej-mesej daripada rakan-rakan terdekat. Ternyata masing-masing meluahkan rasa sedih dengan berita tersebut apatah lagi dikhabarkan arwah baru membeli kereta tersebut dan baru pertama kali membawa pulang ke kampungnya.     

Setiap kali hari raya, saya pasti teringat peristiwa ini apatah lagi hanya mengetahuinya melalui Berita Utama. Setiap kali itu juga ia umpama memberi peringatan kepada saya dan semua agar lebih berhati-hati dalam memulakan perjalanan.

Gambar Hiasan



Jadi sedikit tips kepada semua sebelum kalian pulang beraya ke kampung.

(1) Rancang perjalanan anda seawalnya dan sentiasa rujuk pelan perancangan yang diaturkan oleh pihak PLUS.
(2) Sebelum bertolak, pastikan rumah berkunci, tong gas di tutup dan plug-plug elektrik di tanggalkan.
(3) Lebih selamat jika rumah dipasangkan dengan CCTV bagi mengelakkan kejadian kecurian.
(4) Pastikan kenderaan anda telah diservis dengan sempurna.
(5) Pastikan keempat-empat tayar kereta juga tidak botak atau rosak.
(6) TIDUR SECUKUPNYA sebelum memulakan perjalanan.
(7) Elakkan jumlah penumpang melebihi daripada had yang sepatutnya kerana ia mengundang bahaya.
(8) Pastikan minyak diisi penuh, touch & go telah ditambah nilainya.
(9) Bacalah doa memandu agar perjalanan sentiasa dilindungiNya.
(10) Patuhi had laju, jangan tergopoh-gopoh ingin sampai awal.
(11) Memakai tali pinggang adalah wajib untuk keselamatan maksimum. Juga baby seat perlu digunakan jika mempunyai anak-anak kecil.
(12) Tolong hilangkan telefon bimbit anda seketika semasa memandu. Jangan sekali pun sibuk dengan telefon anda kerana sekali imbas kemalangan boleh berlaku.
(13) Berhenti rehat sekiranya mengantuk, jangan mencabar diri.
(14) Simpan telefon kecemasan ini :

i. Ambulan : 999
ii. Plus : 1-8800-88-0000
iii. EKAS : 1-800-888-021
iv. GCE : 1-300-88-0035

Gambar Hiasan



Sehubungan itu, saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan Salam Aidilfitri dan dan Maaf Zahir dan Batin kepada keluarga saya, rakan-rakan dan semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Illahi. Amin.

Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin----

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2017 04:49 PM | Show all posts
gambar yg last tu makcik kwn aku... nk balik beraya kat perak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Berhati-hati di jalan raya semua..Semoga selamat perjalanan semua...

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2017 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih dalam suasana raya..semoga semua selamat pulang ke destinasi masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2017 02:01 PM | Show all posts
berhati-hati di mana saja
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 09:42 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 1.037441 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list