CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82601|Reply: 2522

[V3] #1974 & #2029 FATTAH DAN FAZURA DALAM PROSES MENERIMA KEBAIKAN DAN KEBU

 Close [Copy link]
Post time 22-6-2017 04:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 25-6-2017 02:25 PM

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI FATTAH DAN FAZURA

Fattah dan Fazura mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua peminat-peminat.




Fattah dan Fazura mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua followers MSGreen Art Gallert (msg.co - official photographer of Fattah Amin)




Fattah dan Fazura mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri (versi @abpbh3.0)







SELAMAT DATANG SEMUA KE BENANG "ALL ABOUT FATTAH AMIN & NUR FAZURA", VOLUME 3 !!!


Jom kita layan throwback telemovie Fattah Amin!

Telemovie pilihan kali ini ialah "Alien Planet Cinta" karya Osman Ali yang menampilkan sebuah kisah remaja dari dunia yang berbeza. Lakonan Fattah Amin, Atikah Suhaime, Harris Baba, Ariff Aziz, Naim Shamshol, Nurhairy Rahman, Aida Othman dan Eqy Afandi. Diarahkan oleh Osman Ali. Terbitan Nuansa Sdn Bhd,

SINOPSIS ALIEN PLANET CINTA: Amalisa melarikan diri dari rumah kerana enggan bertunang. Dia bertemu dengan adik beradik dengan 'musical truck' lalu mengembara bersama mereka sehingga bertemu cinta dan kasih sayang.

TRIVIA: Aku pilih telemovie ni sebab Atikah ada iras-iras Nur Fazura!!





Sambil itu juga, jom kita layan kembali episod MeleTOP minggu ini yang menampilkan Fattah dan Fazura sebagai tetamu utama.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2017 04:03 AM | Show all posts
Edited by melnanzz at 22-6-2017 04:08 AM

Exclusive HSC Screening bersama Fattah dan Fazura




















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2017 04:03 AM | Show all posts
And of course, behind the scenes yang amat-amat terlajak gula of Fattah dan Fazura di photoshoot majalah EH.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2017 04:03 AM | Show all posts


Istimewanya Hadiah Fattah Amin Untuk Keluarga
Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 6:12 AM
[email protected]




FENOMENA seorang Fattah Amin nampaknya belum ada tanda-tanda ia akan surut dalam masa terdekat dan kerana itu juga dia jarang boleh menghabiskan masa bersama keluarga.

Mana tidaknya, jadual dia padat dengan pelbagai aktiviti bertemu peminat, menghadiri acara-acara hiburan termasuk berada di set penggambaran.

Namun kata Fattah bagi menggantikan masa bersama keluarga yang telah terbuang, dia akan membayar segala kesibukannya itu dengan membawa mereka bercuti pada Aidilfitri nanti.

Hai, untunglah semua ahli keluarga Fattah dapat pergi bercuti!

Kata pelakon berusia 27 tahun ini lagi, dia memilih untuk membawa keluarganya bercuti ke pulau memandangkan mereka sekeluarga gemarkan aktiviti luar.

"Insya-Allah, mungkin pada hari raya keempat kami sekeluarga akan pergi bercuti dan mungkin saya akan bawa mereka berkungjung ke pulau.

"Memang saya akui jarang dapat bersama keluarga kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugas dan harap-harapnya percutian ini dapat menggantikan masa kami tidak dapat bersama," katanya kepada mStar Online.

Bercakap mengenai perkembangan karier seninya, Fattah berkata, walaupun adakalanya berasa penat dengan segala perhatian diberikan namun dia tidak merungut kerana ia adalah rezekinya.

Akui pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderela ini lagi, sejak memenangi trofi Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH) Mei lalu sahamnya semakin meningkat selain dihujani pelbagai tawaran.

"Alhamdulillah, memang saya tak nafikan 'saham' melonjak sejak menang anugerah itu tetapi ia bukan alasan untuk saya mendabik dada.

"Kemenangan dan perhatian diberikan adalah satu tanggunjawab besar dan berat namun saya bersyukur dengan segala rezeki diberikan Allah," jelasnya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2017 04:03 AM | Show all posts


PERANCANGAN RAYA #FATTZURA
19 Jun 2017 4:00 PM


FAZURA bersama Fattah Amin semasa pengambaran Cinderella Sudah Hilang Kasutnya

Berbaki seminggu lagi menjelang raya, pasangan yang kini menjadi fenomena, Fattah Amin dan Fazura masih lagi di set penggambaran bagi menghabiskan adegan-adegan terakhir sebelum bercuti dan meraikan Syawal.

Kedua-duanya berharap agar penggambaran drama Hero Seorang Cinderella selesai seperti yang dijadualkan kerana tidak mahu tergopoh-gapah dalam membuat persediaan berhari raya.

ìSebenarnya dari segi persediaan awal semua sudah dilakukan tetapi setiap kali raya mesti ada yang dilakukan pada saat-saat akhir dan itu yang kalau dapat cuti awal, lebih senang,î kata Fazura.

Fattah yang saban tahun menyambut detik Syawal di Bagan Datoh, Perak, juga memberitahu yang persiapan untuk meraikan lebaran sudah dilakukan dan tahun ini dia beraya dengan 200 koleksi baju Melayu.

ìJumlah itu adalah kuota untuk saya atas kerjasama dengan Altelia Amani. Itu pun sudah terlalu banyak sebenarnya,î jelasnya.

Kata Fazura yang memiliki 35 pasang baju kurung daripada jenama butiknya sendiri, House Of Doll:

ìSetiap tahun saya akan pulang beraya di Pekan, Pahang dengan keluarga.

ìTiada yang berbeza berbanding sebelum ini cuma mungkin disebabkan drama yang sedang ditayangkan.

ìMungkin lebih ramai tetamu yang akan saya terima dan sebagai seorang artis, itu bukanlah satu perkara besar.î

Dikaitkan dengan hubungan intim, timbul pertanyaan sama ada mereka akan saling kunjung-mengunjungi ke rumah masing-masing sempena Syawal ini.

Fazura dengan nada seloroh berkata, mungkin mereka akan menziarah antara satu sama lain jika berkelapangan.

ìKalau ada masa, boleh sahaja berkunjung ke rumah satu sama lain.

ìSebagai mengeratkan hubungan silaturrahim antara sahabat,î jelasnya yang mengambil cuti selama empat hari untuk sambutan Syawal tahun ini.

Bermula dengan lakonannya yang dianggap ëkayuí, Fattah kemudian terus berusaha tetapi tetap mendapat kecaman menerusi hal lain pula. Antaranya termasuklah buku yang dihasilkan, hubungannya dengan Neelofa dan juga peminatnya yang terlalu fanatik.

Kesemua ini mengundang kecaman buat Fattah dan dia mengakui, tidak sedikit pun terkesan dengan perkara itu.

ìSaya sudah lali dikecam sejak saya mula terlibat dengan industri seni sampailah sekarang dan semua itu saya ambil sebagai penguat semangat saya.

ìSebelum ini pun saya sudah beritahu, kejayaan saya hari ini adalah kerana usaha dan komen-komen negatif yang dilemparkan pada saya sebelum ini,î jelasnya.

Ada individu yang apabila dikritik akan mula berdendam dan mengambil keputusan untuk tidak memaafkan orang lain.

Tetapi bagi Fattah, dia tidak mahu mengambil tindakan sedemikian rupa. Memaafkan seseorang itu menurut Fattah adalah lebih penting daripada dimaafkan.

ìIndustri kita ini kecil. Pergilah jauh mana sekalipun, pasti akan bertemu kembali satu hari nanti.

ìJadi, buat apa nak bermusuhan dengan sesiapa sedangkan kita boleh ambil keputusan untuk memaafkan dan menjernihkan keadaan,î jelasnya.

Cuba kawal peminat

KETIKA ini sambutan peminat terhadap Fattah sememangnya tidak dapat dinafikan. Apa sahaja yang dibuat atau ke mana sahaja lokasi dia berada pasti akan diserbu.

Sikap fanatik sebegini bagi sesetengah peminat ada buruk dan baik. Dari sudut positif, sudah pasti ini adalah bukti jaminan kukuh kestabilan kerjaya seseorang pelakon.

Negatifnya pula menyaksikan ada antara peminat yang nampaknya gagal mengawal emosi sehingga mengeluarkan perkataan yang kurang enak kepada orang lain.

Perkara itu sekali gus menjadi perbalahan dan secara tidak langsung memberi kesan yang tidak baik kepada pelakon. Tidak hanya bergaduh sesama peminat sahaja, jika ada artis lain yang tercuit, artis pujaan mereka juga akan dikecam dengan kata-kata yang negatif.

Bagi Fazura dan Fattah, yang berlaku melibatkan peminat mereka bukanlah sesuatu yang boleh dikawal apatah lagi masing-masing mempunyai pendirian dan pendapat tersendiri.

Namun kedua-duanya lebih senang untuk mengawal keadaan dengan memberi inspirasi kepada peminat mereka untuk sentiasa positif.

ìDalam setiap status saya di Instagram, pasti akan diselitkan ayat seperti #doayangbaikbaik dan #cakapyangbaikbaik.

ìItu antara langkah saya kepada rakan-rakan dan peminat untuk tidak membuat tuduhan dan komen-komen yang tidak baik,î jelas Fattah.

Menurut Fazura pula, sebagai pelakon sememangnya kehadiran peminat dan haters (pembenci) juga sama penting buat pelakon.

ìHaters sebenarnya membuatkan persaingan itu menjadi lebih sihat.

ìKalau asyik memuji sahaja tak seronok juga. Apabila ada haters yang hadir dengan kritikan, itu akan memberi seseorang itu semangat untuk terus tampil dengan lebih baik,î jelasnya.

Seperkara yang turut berkait dengan Fattah dan Fazura yang terkenal dengan gelaran #Fattzura adalah apabila peminat mula membandingkan drama yang dilakonkan dengan drama-drama pelakon lain.

ìSetiap drama ada nilainya tersendiri dan bagaimana seseorang pelakon itu mewujudkan hubungan antara wataknya dengan watak lain dalam sesebuah drama.

ìPerbandingan ini sebenarnya sesuatu yang tidak baik dan untuk artis jadi adalah penting untuk mereka mengawal diri daripada membalas semula komen-komen seperti ini,î ujar Fazura.

Fattah pula melihat setiap drama mempunyai kekuatan masing-masing dan itu juga sebahagian penat lelah seseorang pelakon menonjolkan wataknya. Justeru tidak perlu dibanding-bandingkan sesebuah drama dengan drama lain, katanya.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan ... 94888#ixzz4kRKBJzxs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2017 04:03 AM | Show all posts
FATTAH AMIN’s BIOGRAPHY


ABDUL FATTAH BIN MOHD AMIN, lahir pada 14 September 1990 di Kuala Lumpur, adalah anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Fattah mula bergiat di dalam dunia seni selepas memenangi pertandingan HERO REMAJA anjuran Karangkraf pada tahun 2012. Bermula dari bekerja sebagai seorang "Prop Boy" untuk Skop Productions di bawah naungan Datuk Yusof Haslam, yang juga merupakan datuk saudara beliau, Fattah mendapat peluang pertama berlakon menerusi drama Memberku Hawa dan telemovie Arah Ke Kuburmu sebagai pelakon pembantu.



Pada tahun 2013, Fattah mendapat watak hero utama untuk drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Walau bagaimanapun, lakonannya mendapat kritikan hebat dari pelbagai sudut sehingga melebelkannya sebagai Pelakon Kayu.

Pada tahun 2014, Fattah membuat kolaberasi pertama Malaysia-Indonesia menerusi telemovie Ku Kejar Cintaku ke Malaysia dan From Hater to Lover.

Tidak mahu mengalah dan putus asa di atas kritikan yang diterima, Fattah memperbaiki mutu lakonannya menerusi drama Bencinta, Plan Cinta Tak Jadi dan telemovie Aku Tunggu Kau Ni bersama Fathia Latiff pada tahun 2015.

Tahun 2016 adalah pencapaian Fattah paling tinggi apabila beliau memainkan watak Kapten Ejaz Fakry menerusi drama Suri Hati Mr Pilot bersama Noor Neelofa. Drama tersebut menjadi fenomena dengan mendapat sambutan hangat setiap minggu dan mendapat rating tertinggi iaitu 5 juta tontonan dan telah direkodkan sebagai drama Astro dengan rating tertinggi di Malaysia.

Pada tahun 2017, hasil kerjaya beliau mendapat pengiktirafan dari peminat apabila beliau memenangi anugerah Hero Throwbaek dalam Anugerah Throwbaek Drama; Pelakon TV, Bintang Onine, Fesyen dan Top Top Meletop dalam Anugerah Meletop-ERA; Anugerah Buku Negara; Anugerah Stail EH!; dan yang paling terbesar sekali ialah Pelakon Lelaki Popular, Artis Sensasi dan Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30.





Filem pertama beliau adalah KL Special Force, yang akan ditayangkan pada 2017. Sebelum itu, Fattah pernah menjadi pelakon pembantu dalam filem Manisnya Cinta di Cappadoccia.

Dari segi akademik, Fattah sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia.

Dari segi kerjaya, Fattah telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Pengurus Eksekutif (Executive Producer) drama Dia Anak Jeneral di bawah A Aida Productions.

Dari segi perniagaan, Fattah sedang mengendalikan dua perniagaan iaitu Stalkers Cafe bersama keluarganya, dan Expendables Gym bersama rakan kongsinya.

Fattah adalah duta produk SAFI Men, Far8 by Altelia Amani, OLIcandy, AJ de'Parfum, F&N dan Oppo R9s.

Kelab peminat rasmi Fattah Amin ialah TheFA_Team, manakala peminat-peminat dan pengikut-pengikutnyanya diberi nama sebagai #Fattahrians.

Instagram: @fattahaminz
Twitter: @fattahamin
Facebook: @TheOfficialFattahAmin
Fan Club (instagram): @TheFA_Team
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-6-2017 04:04 AM | Show all posts
Edited by melnanzz at 22-6-2017 07:44 PM

FATTAH AMIN’s FILMOGRAPHY


Playboy Itu Suami Aku (heroine: Risteena Munim)


Merah Bukan Jambu (heroine: Erin Malek)


Cinta Ibadah (heroine: Aishah Ilyas)


Ku Kejar Cintaku Ke Malaysia (heroine: Kirana Larasati)


Asparagus (heroine: Ramona Zam Zam)


Nasuha (heroine: Tasha Shila)


Bencinta (heroine: Fathia Latiff)


Aku Tunggu Kau Ni (heroine: Fathia Latiff)


Cinta Dari Marikh (heroine: Cha Cha Maembong)


Plan Cinta Tak Jadi (heroine: Fathia Latiff)


Yang Mana Satu (heroine: Maria Farida)


Alien Planet Cinta (heroine: Atikah Suhaime)


Awaklah Imam Saya (heroine: Faye Khusairi)


Pelita Panjut Untuk Mertua (heroine: Dayana Roza)


Hello Mr. Perfect (heroine: Ruhainies Farehah)


Cik Siti (heroine: Izara Aisyah)


Bodyguard (heroine: Farahdiya)


Ketupat Palas Mr Handsome (heroine: Mira Filzah)


Raya Kami (heroine: El Faeza Ul Haq)


Gerak Khas (heroine: tiada)


Dendam Manisa (heroine: Elizad Shaifuddin)


Suri Hati Mr Pilot (heroine: Noor Neelofa)


Bayangan Emilia (heroine: Azar Azmi)


Hero Seorang Cinderella (heroine: Nur Fazura)


KL Special Force (heroine: Tania Hudson)


Dia Anak Jeneral (heroine: Niena Baharun)





NUR FAZURA’s FILMOGRAPHY


Bicara Hati


Qaisy & Laila


Senario XX


Gol & Gincu


Rendang Untuk Mertua


Kayangan


Datin Diaries


Kasih Suci

Selamat Pagi Cinta


Ezora


Bicara Cinta


Pisau Cukur


Lagenda Budak Setan


Kitab Cinta


Tahajjud Cinta


Kisah Cinta


Bujang Terlajak


Kami Histeria


Tembus


Manisnya Cinta di Cappadoccia


Bulan Terbelah di Langit Amerika


Langit Cinta


J Revolusi


Hero Seorang Cinderella






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2017 04:04 AM | Show all posts
FATTAH AMINís DISCOGRAPHY


Dilabelkan sebagai seorang "Hopeless Romantic", Fattah telah dilihat mengeluarkan dan menyanyikan sebuah single untuk setiap temannya. Berikut adalah single-single yang telah dikeluarkan oleh Fattah:

Hero Untukmu adalah single pertama Fattah diterbitkan pada tahun 2015. Khabarnya, single ini ditujukan kepada teman wanitanya pada ketika itu, Sherry Ibrahim. Hero Untukmu telah dijadikan OST untuk drama Ketupat Palas Mr Handsome.

Fattah promote Hero Untukmu di Meletop:



Wanita Terakhir adalah single kedua Fattah diterbitkan pada tahun 2017. Single ini ditulis khas untuk teman wanitannya pada ketika itu, Noor Neelofa. Soft launch Wanita Terakhir telah dilakukan pada 1 Januari di Amsterdam. Lagu tersebut telah menduduki carta tertinggi iTunes Malaysia, iTunes Brunei, iTunes Singapore, Spotify dan Joox.

Live performance at Meletop.


Cinderella adalah single ketiga Fattah dimana beliau berduet bersama Nur Fazura untuk OST Hero Seorang Cinderella. Lagu tersebut telah menduduki carta tertinggi iTunes Malaysia, iTunes Brunei, Spotify dan No 4 di carta iTunes Singapore.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2017 04:04 AM | Show all posts
Edited by melnanzz at 22-6-2017 04:21 AM

UPCOMING PROJECTS

TAYANGAN DAH NAK RAYA! Episod Fattah Amin
Saksikan bagaimana selebriti-selebriti popular tempatan membuat persiapan di saat-saat akhir sebelum menyambut Aidilfitri.
Jummat 23 Jun 2017, 11.30 malam
Astro Ria & Ria HD



TAYANGAN TELEMOVIE SURI HATI MR PILOT RAYA
Studio: Cube Film
Pengarah: Hadith Omar
Heroine: Noor Neelofa
Status: CONFIRMED
Latest News: Suri Hati Mr Pilot Raya: Penerbangan Terakhir adalah sambungan drama SHMP karya Dila Dyna yang ditayangkan pada tahun lepas, sekaligus mencetuskan fenomena Lofattah. Tayangan pada Hari Raya Pertama di saluran Astro Ria dan Ria HD pada jam 9 malam.



PENGGAMBARAN TELEMOVIE WANITA TERAKHIR
Studio: Redcomm
Pengarah: Belum diumumkan lagi
Heroine: Belum diumumkan lagi
Status: CONFIRMED
Latest News: Redcomm telah mengumumkan telemovie Wanita Terakhir yang akan dibintangi oleh Fattah Amin. Penggambaran akan bermula pada bulan Julai. Heroine masih belum diumumkan lagi.



Fattah Amin will be at Toyota GAZOO Racing Festival.
12-13 August 2017, 10am to 10pm.
Batu Kawan Stadium, Penang (Free Entry)
#gazooracingmalaysia
#vioschallenge
#toyotamalaysia
#allaboutthedrive



PENGGAMBARAN DRAMA COFFEE PRINCE
Studio: Cube Film
Pengarah: Michael Ang
Heroine: Janna Nick
Status: STRONG RUMOURED
Latest News: Coffee Prince adalah drama adaptasi Korea dengan nama yang sama. Tajuk untuk versi Astro belum diputuskan lagi. Pengarah Michael Ang masih belum memutuskan sama untuk mengambil Fattah Amin atau Aiman Hakim Ridza sebagai hero. Janna Nick confirmed sebagai heroine.



TAYANGAN FILEM KL SPECIAL FORCE
Studio: Skop Productions
Pengarah: Syafiq Yussof
Heroine: Tania Hudson
Status: CONFIRMED
Latest News: KL Special Force adalah filem pertama Fattah sebagai hero utama. Akan ditayangkan di pawagam selepas Raya 2017. Date to be confirmed.



TAYANGAN DRAMA DIA ANAK JENERAL
Studio: A Aida Productions
Pengarah: Khalid Nadzri
Heroine: Niena Baharun
Status: CONFIRMED
Latest News: Penggambaran dijalankan dari bulan Januari hingga Mac 2017. Sekarang dalam post-production dan akan ditayangkan pada bulan November.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2017 04:22 AM | Show all posts


Lastday Special Menu!

Yaaaa! Esok (Khamis, 22 Jun2017) hari terakhir kami beroperasi dan hari terakhir kami sajikan Buffet Ramadhan pada tahun 2017!

Masih tinggal beberapa slot lagi untuk Buffet Ramadhan esok, jom grab peluang untuk berbuka puasa di @stalkerscafe_ by @fattahaminz

Esok juga promo masih sama iaitu dengan setiap tempahan buffet yang di buat akan menerima satu potong Rose Lychee Fazlova favourite Cinderella @missfazura.

Booking & Reservation : +60173205045 (Nazrin).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2017 04:24 AM | Show all posts
Edited by melnanzz at 22-6-2017 04:25 AM

Remy Ishak tweet pasal FattZura ke tu? Sabor je lah....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:33 AM | Show all posts
bam wemy jelezzzz kerr pe tuuueewww
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 22-6-2017 04:24 AM
Remy Ishak tweet pasal FattZura ke tu? Sabor je lah....

Laaahhhh...apesal twit mcm ni pulak. Makin ramai nmpknya gred A actor dok perli fatt. Sian kat dia. Adoiiilah...x leh ke x sindir2 mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:54 AM | Show all posts
pipe down Remy..kau kan famous,lakonan pon mantap.jaga exclusive tu. don;t act like a little kid throwing his toys out of the pram.
satu hari nanti ada project dgn Faz utk small or big screen,takut kau plak yg over.
time tu,iols harap you can sit down and eat some humble pie.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bam remy dah knp.. x kan jeles zaman heols x de fenomena mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Banh wemy x leh terima hakikat dah senduuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2017 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by vous_me6 at 22-6-2017 05:08 AM
kajol77 replied at 22-6-2017 04:54 AM
Bam remy dah knp.. x kan jeles zaman heols x de fenomena mcm ni..


Bam remy pun pernah merasa zaman kegemilangan Nur Kasih. Relax la bam remy. Tak tau la dia nak tuju kat sape sbb tak.sebut nama tp x mau la mcm tu bam remy tak classy ok as pelakon senior #lotsoflove
Jap lagi farizzam bakal caras bam.remy title tall dark and handsome pulak    bukan i ckap ye fans fikry kata hehehe #justkidding
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
@Aduradura sokong all your points...@melnanz pls dm fastyle next collab with new heroin pakai nama character jek...character branding lebih berkesan....personally meolss tak rasa bamtah nak guna sgt #fattzura ni...tapi fans suker....kebetulan his kegedikan tu menjurus ke arah itu....unlike ngan janna maybe nanti....fans janna nampak open minded and realize janna and fa is more like good friends...so will see..camne pun good to take note on this cinlok thing as fa mmg pencinta wanita hehehheheh....ape2 pun meolss naknfa mendonia lagi dan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cik serba tahu tak hype macam hero seorang cinderella, so ego dia tercabar la sbb walaupun dia A list tapi tak dpt pull crowd/audience mcm FA. Pastu salahkan peminat malaysia yang suka berangan. Dia yang tak opportunist sape suruh. Nak banding dgn FAttzura, lofattah tu lagi opportunist sebab benda dh tak de pun masih di guna pakai untuk marketing lagi dan bukan FA yg guna tapi pihak sana. Apsal la tak perli pihak sana yg labur duit buat mv guna cinlok tak jadi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Abam Remy sila polish sikit muka tu gi wat skin treatment. Sbb bnyk bekas jerawat & sumtimes kulit muka agak berminyak. Iols suka je remy ni sb dia berbakat. Paling suka iklan Dashing dulu. Segak time tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.555566 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list