View: 3042|Reply: 20
|
"Ayah Sempat Solat Subuh Bersama Kami Sekeluarga"- Luahan Anak Sulung
[Copy link]
|
|
sumber : Harian Metro
"Ayah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan berkata apa-apa sebelum keluar bekerja, semuanya seperti biasa."
"Kami bersahur dan menunaikan solat Subuh berjemaah. Ayah selalu mengimamkan solat apabila pulang ke sini."
Demikian luahan Mikail Adam Riaz yang berusia 11 tahun yang merupakan anak sulung kepada Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof berhubung saat terakhir bertemu bapanya sebelum mendapat panggilan memaklumkan bapanya terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 petang kelmarin.
Memetik laporan Harian Metro, Allahyarham Mejar Yazmi dikatakan sempat mengimamkan solat Subuh bersama keluarganya sebelum keluar melakukan latihan menggunakan pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi kelmarin.
Murid tahun lima itu berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya sebagai juruterbang pesawat pejuang dan meminati kerjaya itu
"Kalau boleh saya hendak kerja macam ayah, dia beri banyak tunjuk ajar dan nasihat untuk menjadi juruterbang," katanya.
Terdahulu, keluarga Allahyarham Mejar Yazmi menerima lawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.
Sementara itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berkenan mencemar duli menziarah jenazah Yazmi dan Mohd Hasri.
Yazmi dan rakannya, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terbunuh selepas terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 di Chukai dekat Kemaman, Terengganu, hari ini.
Pesawat mangsa terputus hubungan jam 11.30 pagi selepas bertolak dari Pangkalan Udara Kuantan kira-kira jam 11 pagi.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..takziah utk keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun..
takziah utk ahli keluarga
siannya ank2..da nak dekat raya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Salam takziah buat keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sampai hati..kesian kecik kecik dah tak berbapa.. tak raya laa tahun ni jawabnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Salam takziah buat keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
semoga beliau tabah dan belajar bersungguh-sungguh demi cita-cita dan berbakti pada negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
jadila anak yg berbakti di masa hadapan juga ya |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah buat keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya Tunku Azizah.....
Takziah....anak sulung baru 11thn....
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat keluarganya
Al-fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah n takziah kepada kelurga |
|
|
|
|
|
|
|
Tabahkan hati dik...
Jadi ank yg baik dunia akhirat..
Jaga mak elok2..
Cantik nya Tunku Azizah..
Ingat tu mak dia td.. |
|
|
|
|
|
|
|
Soltan dah pun melawat so agak agak apa sumbangan kerajaan negeri utk anak ini?
bagi lah biasiswa sampai ke menara gading, bagi lah alaun khas kpd isteri arwah sehingga anak ini umur 18 tahun. Kalau tak ada rumah bagi lah rumah sebiji. Insurance kesihatan utk nenek etc etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun..Moga keluarga arwah diberi kekuatan ats kehilangan ini... |
|
|
|
|
|
|
|
PENGHARAMAN MENYERUPAI SESUATU KAUM
Penganut Zoroastrian
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya akan dimintai pertanggungjawabannya.” (QS: Al Isra’: 36).
“...dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan (0rang kafir) mereka setelah datang ilmu (petunjuk) kepadamu, sesungguhnya kamu kalau demikian termasuk golongan orang-orang dholim.” (QS: Al Baqarah: 145).
dari Ibnu Umar,: “Siapa saja yang menyerupai suatu kaum (gaya hidup dan adat istiadatnya), maka mereka termasuk golongan tersebut.” (HR. Abu Daud dan Imam Ahmad).
dari Abu Hurairah “Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.” Di antara saha-bat ada yang bertanya: “(Ya Rasulullah) apakah yang dimaksud (di sini) seperti bangsa Persia dan Romawi?” Rasulullah saw menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)” (HR. Bukhori, ).
Siapa saja yang menyerupai suatu kaum, ia termasuk golongan mereka. (HR Abu Daud dan Ahmad).
Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golonganku. (HR at- Tirmidzi).
dari Abu Sa’id Al-Khudriy "Kalian akan benar-benar mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga andai mereka memasuki lubang biawak, maka kalian pun mengikuti mereka". Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah mereka adalah orang-orang Yahudi, dan Nashrani". Beliau menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". (HR. Al-Bukhoriy). |
|
|
|
|
|
|
|
siannye, berape hari lg nak raya..ok la, bapak xde, tp pencen ade, daripada org yg bapak ade, tp bapak xberguna |
|
|
|
|
|
|
|
PENGHARAMAN MENYERUPAI SESUATU KAUM
Penganut Zoroastrian http://wikimapia.org/3299822/Chak-Chak-Zoroastrian-Fire-Temple
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya akan dimintai pertanggungjawabannya.” (QS: Al Isra’: 36).
“...dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan (0rang kafir) mereka setelah datang ilmu (petunjuk) kepadamu, sesungguhnya kamu kalau demikian termasuk golongan orang-orang dholim.” (QS: Al Baqarah: 145).
dari Ibnu Umar,: “Siapa saja yang menyerupai suatu kaum (gaya hidup dan adat istiadatnya), maka mereka termasuk golongan tersebut.” (HR. Abu Daud dan Imam Ahmad).
dari Abu Hurairah “Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.” Di antara saha-bat ada yang bertanya: “(Ya Rasulullah) apakah yang dimaksud (di sini) seperti bangsa Persia dan Romawi?” Rasulullah saw menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)” (HR. Bukhori, ).
Siapa saja yang menyerupai suatu kaum, ia termasuk golongan mereka. (HR Abu Daud dan Ahmad).
Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golonganku. (HR at- Tirmidzi).
dari Abu Sa’id Al-Khudriy "Kalian akan benar-benar mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga andai mereka memasuki lubang biawak, maka kalian pun mengikuti mereka". Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah mereka adalah orang-orang Yahudi, dan Nashrani". Beliau menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". (HR. Al-Bukhoriy).
|
|
|
|
|
|
|
| |
|