View: 1258|Reply: 11
|
Seorang Lagi Militan Malaysia Disahkan Terbunuh Di Iraq- Zahid
[Copy link]
|
|
Seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ariffin atau dikenali sebagai Abu Afghan, yang menyertai kumpulam pengganas IS di Syria, terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Iraq di Mosul, Jumaat lepas.
Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas merasmikan Program Jelajah Agropreneur Muda Perak 2017 kelmarin di Bagan Datoh.
sumber: FMT
Memetik laporan Bernama, Zahid berkata pihak perisikan sudah memaklumkan kepada pihak polis berhubung nasib Abu Afghan, 38, ketika pertempuran dengan tentera kerajaan Iraq.
Kematian Nizam menjadikan jumlah militan Malaysia terbunuh di Iraq dan Syria seramai 31 orang, manakala 56 lagi dipercayai masih bebas.
Tegas Zahid kerajaan juga tidak akan mengiktiraf mereka yang terkorban kerana penyertaan dalam kumpulan pengganas sebagai mati syahid.
“Jika ada fatwa dari mana-mana pihak mengatakan kematian pengganas itu sebagai syahid kerajaan tidak akan iktiraf ia sebagai kematian syuhadah.”
Kerajaan tidak akan melakukan usaha untuk membawa balik mayat rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan IS sekiranya mereka meninggal dunia dalam pertempuran di luar negara, sekiranya pihak keluarga yang ingin membawa balik mayat berkenaan perlu mengambil usaha sendiri, kata Zahid.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Busana Nuzul Quran Detected
|
|
|
|
|
|
|
memang malaysia wajib lakukan cmni, kalau di sambut bagai perwira lagi ramai rakyat malaysia nk pergi berperang..
ekonomi tengah meleset , pengangguran tinggi, time ni lah otak jadi mereng.. tak waras..
lagipun dunia2 barat n musuh malaysia akan cari point malaysia sarang terrorist andai kata di sambut sebagai perwira.. apa yang kerajaan lakukan terbaik untuk keselamatan rakyat malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni jenis pemalas nk bekerja ke apa, tau pkir nk dok berperang je, jgn jdi bangang la bang |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah................ |
|
|
|
|
|
|
|
Good news. Harap ramai lagi daesh/terrorist mampus next |
|
|
|
|
|
|
|
menyusahkan orang je terrorist ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
yang mana tak balik-balik lagi biarkan kat sana. balik nanti bawak fahaman dan ideologi mereka. rekrut kadet baru pon ade jugak nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus zahid...memang betoi...musuh islam...mana layak di gelar jihadi or syahid!
n kalo yg still hidop lagi tuh...revoke je status kewarganegaraan deme...biar meratap hiba x dapat balik raya makan rendang ketupat waakakkakakakaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|