CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 2

Daging Lembu, Kerbau Di Pasaran Selamat Dimakan- Tajuddin

[Copy link]
Post time 9-6-2017 12:11 PM | Show all posts |Read mode


sumber: internet



Pengguna tidak perlu berasa gusar dan panik membeli daging lembu serta kerbau yang dijual di pasar di seluruh negara kerana ia dijamin selamat untuk dimakan.


Demikian kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas majlis Penyampaian Zakat kementerian dan berbuka puasa di Teluk Intan semalam.


Menurut i Datuk Seri Tajuddin, pihaknya telah mengambil tindakan membendung penyakit hawar berdarah atau Haemorrhagic Septicemia daripada merebak membabitkan lembu dan kerbau yang kembali tular di Terengganu sejak bulan lalu.


Katanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah melakukan tindakan pencegahan dengan memvaksin kedua-dua jenis haiwan ternakan itu.


Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum ada maklumat secara terperinci daripada JPV Terengganu mengenai tindakan pencegahan yang telah dilakukan bagi memastikan bekalan daging lembu dan kerbau untuk keperluan pengguna mencukupi.


Sejak penyakit itu dikesan pada 26 Mei lepas, sebanyak 261 kes kematian haiwan ternakan dilaporkan oleh 12 penternak di daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang membabitkan 201 kematian lembu manakala 60 lagi melibatkan kematian kerbau.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2017 02:48 PM | Show all posts
ape ape benda pun ade ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
org malaysia selalu panik kalo benda tu jd viral
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057285 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list