mufti sendiri telah menjatuhkan hukum yang DAP adalah kafir harbi
DAP Kafir Harbi: Saya Tidak Akan Mohon Maaf - Mufti
KUALA LUMPUR: Mufti Pahang masih mempertahankan kenyataan menyifatkan DAP sebagai kafir harbi ekoran sifat parti politik itu yang menentang hukum Islam.
Dr Abdul Rahman Osman berkata, fatwa menyatakan berdosa bagi umat Islam menyokong parti menentang Islam berdasarkan hukum agama dan bukannya dari sudut politik.
Jelasnya lagi, hukum itu tidak eksklusif kepada DAP semata-mata malah sesiapa yang menentang Islam boleh ditafsirkan sebagai kafir harbi.
Kenyataan Dr Abdul Rahman sebagai respon kepada desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memintanya menarik balik dakwaan mengatakan DAP sebagai kafir harbi.
Mufti tersebut kemudiannya mempersoalkan kembali kepada Guan Eng yang menentang usul persendirian Rang Undang-Undang untuk meminda kuasa Mahakamah Syariah dalam usaha mengukuhkan undang-undang Islam di Malaysia.
"Rang Undang-Undang itu tidak melibatkan Cina atau India, jadi mengapa DAP cuba untuk menghentukannya dan mempersoalkan usaha untuk meningkatkan undang-undang Islam dan Melayu?," soalnya.
- Malaysian Digest
|