Edited by EJALTI at 8-6-2017 03:45 AM
Iklan Legenda Cun: Watsons minta maaf
http://www.malaysiakini.com/hiburan/384888
7 Jun 2017, 9:05 malam 7 Jun 2017, 9:14 malam
Syarikat rangakaian penjual barangan penjagaan diri Watsons Malaysia (Watsons) hari ini menarik balik iklan raya yang mengundang pelbagai kecaman orang ramai.
Dalam kenyataan umumnya sebentar tadi, Watsons berkata klip video Legenda Cun itu sebenarnya mahu menonjolkan nilai moral berdasarkan kisah Dayang Senandong.
"Kami meminta maaf kerana sebahagian peminat tersinggung dengan video berkenaan dan ia bukanlah tujuan kami. "Kami mengambil serius maklum balas daripada peminat," kata kenyataan ringkas itu yang dimuat naik di akaun Facebook Watsons Malaysia.
Watsons Malaysia is aware of the post that has been made viral on social media. A post on 7th June 2017 regarding a video by Watsons talks about the legend of Dayang Senandong. The Legend of Dayang Senandong is a Malay folklore about a lady who was born cursed with black skin but blessed with a beautiful voice. The legend depicts that the king fell in love with Dayang Senandong because of her voice and inner beauty. The curse was lifted after Dayang Senandong gave birth to the king’s child. We stand firm on the belief that unity and fairness plays an important role, and we respect people from all nationalities. The video was shot to highlight the Legend and its moral values of inner beauty and that true love exists. We are sorry that some of our fans feel offended by the video which was not our intention. We take feedback from our fans seriously. Your continued support will be greatly appreciated and any feedbacks from you will help in improving our services. Maaf Zahir dan Batin. Thank you.
Klip video yang dipertikaikan itu juga didapati sudah dipadamlkan.
Malaysiakini petang tadi melaporkan iklan sempena kedatangan hari raya itu menjadi sasaran kecaman pelbagai pihak.
Antara lain ia didakwa memaparkan beberapa watak yang dianggap tidak sensitif, rasis serta mengelirukan.
Sekadar kisah rakyat Antara aspek yang menjadi rugutan orang ramai ialah watak gadis berkulit hitam legam serta jenaka yang memperbodohkan orang lain.
Iklan itu yang dihasilkan dengan kualiti penyiaran yang baik menampilkan sejumlah selebriti termasuk Ruhainies, Uqasha Senrose, Sasha Saidin, Amber Chia, Kamal Adli, Raja Ilya, Thanuja, Najua P Ramlee dan Bell Ngasri.
Isu utama yang dipertikaikan ialah bagaimana komersial berkenaan seakan-akan memberi takrif "cantik" dengan kulit putih dan sebaliknya hitam dianggap hodoh.
Menurut Watsons video yang dimuat naik pada 7 Jun itu memaparkan kisah diilhamkan daripada cerita legenda Dayang Senandong.
"Legenda Dayang Senandong ialah sebuah kisah rakyat Melayu mengenai seorang wanita yang lahir dalam sumpahan berkulit hitam legam tetapi dikurniakan suara yang merdu.
"Cerita itu menggambarkan bahawa seorang raja jatuh cinta kepada Dayang Senandong kerana suara dan kecantikan dalaman.
"Sumpahan itu dipulihkan selepas Dayang Senandong melahirkan seorang putera," kata kenyataan berkenaan.
Menurut syarikat terbabit mereka berpegang teguh kepada keyakinan bahawa aspek perpaduan dan keadilan adalah aspek penting dalam negara dan mereka menghormati semua orang tanpa mengira bangsa.
"Video itu dirakamkan untuk menyerlahkan kisah legenda itu serta nilai-nilai moral berkaitan kecantikan dalaman dan kewujudan cinta sejati," katanya. |