CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1236|Reply: 1

Militan IS Akui Lancar Serangan Berani Mati Di Parlimen Iran, Makam Khomeini

[Copy link]
Post time 8-6-2017 03:29 PM | Show all posts |Read mode
sumber: NY Daily News



Pengganas menyerang Parlimen Iran sewaktu ia bersidang dan makam Ayatollah Khomeini, pengasas republik Islam itu yang dipuja ramai.


Memetik laporan Malay Mail Online, serangan yang pertama kali berlaku di negara tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh di Parlimen yang dikatakan sedang berlangsung persidangan ketika itu.


Tiga penyerang bersenjatakan pistol dan mesingan AK-47 menyerbu bangunan itu di tengah Tehran dan dilaporkan salah seorang daripada mereka meletupkan diri.


Setengah jam kemudian, pengganas melepaskan tembakan di makam Khomeini di selatan ibu negara itu dan menyebabkan beberapa orang awam mengalami kecederaan.


Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan menyiarkan video yang menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjata dalam bangunan Parlimen dan seorang lelaki yang dilihat mengalami kecederaan.


Menurut seorang wartawan, ketika kejadian dia berada dalam bangunan Parlimen dan melihat dua lelaki melepaskan tembakan rambang.


Kementerian Perisikan Iran memaklumkan, pasukan keselamatan telah menahan ‘sekumpulan pengganas’ yang merancang untuk melancarkan serangan ketiga namun tidak memberi maklumat lanjut.


Walau bagaimanapun, dilaporkan seorang meletupkan jaket mengandungi bom, seorang lagi ditembak mati pasukan keselamatan dan beberapa pengganas berjaya ditangkap.- CARI

sumber: www.intelligencerpost.com/



sumber : BBC

sumber : Fox News
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2017 03:38 PM | Show all posts
hahahha rasain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.484156 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list